Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[muf.ti] | مفتي

Definisi : Ar orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[muf.ti] | مفتي

Definisi : ahli agama yg berhak memberi fatwa bkn hal-hal agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mufti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUFTI BUDAYAJawatan/Gelaran
ABU AL-SA‘UD AL-‘AMADI

Abu al-Sa’ud al-'Amadi ialah mufti dan ahli

tafsir. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Mustafa al-Amadiy. Dia lahir di

salah sebuah pinggir Kota Istanbul dalam keluarga

yang mengutamakan ilmu dan kemuliaan. Dia

mempelajari pelbagai ilmu daripada ulama yang

terkemuka pada zamannya. Antara mereka ialah

ayahnya sendiri sehingga dia terkenal dan tersebar

namanya kerana ilmu dan kemuliaan yang

dimilikinya.

UMUM 
MAKHLUF, HUSNAYN MUHAMMAD

Makhluf, Husnayn Muhammad (1307 H.–

1410 H./1890 M.–1990 M.) ialah kadi dan juga mufti

Republik Arab Mesir. Dia lahir di Kaherah dan

belajar di Universiti al-Azhar ketika berusia 11

tahun di samping menghafaz al-Qur’an. Dia

memperoleh sijil tinggi daripada Madrasah al-

Qada’ al-Shar‘iy (Institut Perundangan Syara‘) pada

tahun 1914.

UMUM 
TUAN HUSSAIN KEDAH

TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AHMAD MUHAMMAD SAID

AHMAD MUHAMMAD SAID (1914-1964), Mufti Negeri Sembilan. Dia lahir di

Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Ahmad

bin Syekh Muhammad Said al-Dandarawi. Ahmad seorang tokoh agama yang tegas

dan berani dalam melaksanakan hukum syarak dan kuat berpegang pada ilmu

tasawuf. Dia juga pemimpin tarekat Ahmadiyah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
NGAH MUHAMMAD YUSOFNGAH MUHAMMAD YUSOF, Dato’ Seri Amar Diraja (1878 – 1940), Menteri Besar Terengganu (1924 – 1940) Dia lahir pada 14 Disember 1878 di Kampung Tualang Manir, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Makkah selama tiga tahun. Dia menuntut ilmu agama daripada ramai guru, termasuklah Haji Muhammad Abdullah, Mufti Terenggnu, Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tuk Ku Paloh), dan Che Yunus, yang membimbingnya dalam bidang pentadbiran.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN

SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHIRAZIY, ABU ISHAQ AL-

Shiraziy, Abu Ishaq al- (393–476 H. / 1003–1084M.),

ahli fiqh, sejarawan dan juga sasterawan.

Nama penuhnya ialah Ibrahim ibn ‘Ali ibn Yusuf al-

Shiraziy al-Shafi’iyy Abu Ishaq. Dia lahir di Fayruz

Abad dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di

sana. Kemudian dia berhijrah ke Shiraz dan Basrah

serta Baghdad. Dia berguru daripada ulama-ulama

terkenal di sana seperti Abu ‘Abdullah

al-Baydawiy, Abu Hatim al-Qazwiniy, al-Zujjaj, Abu

Bakr al-Barqaniy dan Abu al-Tayyib al-Tabariy.

Walau bagaimanapun berlaku sedikit perselisihan

antaranya dengan al-Tabariy dalam pengajiannya.

Ramai tokoh yang berguru padanya. Antaranya

ialah Abu ‘Abdullah al-Hamidiy, Abu al-Qasim al-

Samarqandiy dan Abu al-Hasan ibn ‘Abd al-Salam

dan ramai lagi. Al-Shiraziy sendiri pernah berkata:

“Semasa saya pergi ke Khurasan, di sana saya

tidak temui walau seorang kadi, mufti mahupun

khatib melainkan semuanya terdiri daripada murid-murid

dan sahabat saya”. Al-Shiraziy mengarang

beberapa buah buku yang menjadi bahan rujukan

dalam mazhab Syafi’i. Antaranya seperti al-Tabsirat

fi Usul al-Fiqh, al-Lam fi Usul al-Fiqh’ al- Nakt fi al-

Khilaf wa al-Tanbih’ al-Muhadhdhib Tabaqat al-

Fuqaha’. Al-Shiraziy meninggal dunia di Baghdad.

UMUM 
SYEIKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU

SYEKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU (1879-1945), ulama dan pelopor Kaum Muda di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Dia lahir pada 10 Februari 1879, di Danau Maninjau.  Nama sebenarnya ialah M. Rasul.  Ayahnya Syekh Kisai adalah seorang ulama tarekat, manakala ibunya berasal daripada keluarga penghulu adat.  Dia pernah berguru dengan Syekh Ahmad Khatib dan Syekh Tahir Jamaluddin.  Syekh Abdul Karim pergi ke Makkah sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1894 hingga tahun 1901.  Kunjungan kali kedua (1904-1906), dia telah memberanikan diri membuka halaqah di Masjidilharam, meskipun dilarang oleh mufti mazhab Syafie.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas