Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ha.sa.bah] | محاسبه

Definisi : Ar perbuatan menilai diri (fikir­an, pendirian, dsb) utk pembaikan diri sendiri, introspeksi; bermuhasabah membuat penilaian terha­dap diri sendiri: kita harus ~ supaya dapat dibina keyakinan yg lebih kukuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muhasabah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan hormatnya saya memohon bantuan pihak Dewan bahasa dan Pustaka untuk menyemak ayat di bawah: Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited dan sekiranya mempunyai masa yang lapang, bersama-samalah kita membantu rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan untuk melakukan tugas-tugas rasmi, berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita, bersama-sama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam.Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited. Sekiranya mempunyai masa lapang, bersama-samalah kita membantu rakan sekerja menyelesaikan tugasan rasmi, dan berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita. Selain itu, sentiasa bekerjasama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam.Tatabahasa06.06.2014
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011

Kembali ke atas