Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[muh.rim]/[muh.rim] | محريم

Definisi : Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[muh.rim]/[muh.rim] | محريم

Definisi : 1 orang yg dlm ihram semasa melakukan ibadah haji atau umrah. 2 bp mahram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muhrim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul antara "muhrim" dan "mahram"?Kedua-dua perkataan tersebut betul. Muhrim bermaksud orang yang sedang berihram ketika melakukan haji dan umrah, manakala mahram ialah lelaki dan perempuan yang haram dinikahi kerana ada hubungan dari segi keturunan, perkahwinan dan susuan.Makna30.11.2021
Merujuk Kamus Dewan, perkataan "mahram" = Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).; dan perkataan "muhrim" = Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. Persoalan: mengapa perlu ada makna kedua bagi perkataan "muhrim" yang diertikan sebagai "mahram"? Bukankah "muhrim" dan "mahram" mempunyai makna yang amat berbeda?Pendapat tuan mengenai muhrim dan mahram adalah betul. Muhrim dan mahram mempunyai maksud yang berbeza seperti dalam Kamus Dewan. Untuk makna kedua bagi muhrim, iaitu  perkataan mahram digunakan dalam bahasa percakapan. Tuan boleh merujuk Kamus Pelajar yang ditandai dengan bp mahram. Bahasa percakapan tidak digalakkan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa11.09.2013
Salam. Mohon bertanya ejaan Jawi bagi: 1. Bulan Muharam 2. Muhrim Haji 3. Golongan mahram Terima kasih.1. Bulan Muharam - بولن محرم
2. Muhrim Haji - محريم حج
3. Golongan mahram - ݢولوڠن محرم
Ejaan31.03.2017
Muammar Rashidi Jun 25th, 6:51pm Assalamualaikum. Saya inginkan perbezaan istilah-istilah berikut: (1) Cari salah orang lain dan menyalahkan orang lain, (2) Orang kelainan upaya dan orang kurang upaya, (3) Bukan mahram dan bukan muhrim, (4) Penjenayah dan suspek.Penggunaan istilah yang betul ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Muhrim dan mahram keduaduanya betul, lihathttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muhrim unmtuk maklumat lanjut. Penjenayah ialah orang yang melakukan jenayah dan suspek ialah bahasa percakapan yang bermaksud orang yang disyaki melakukan jenayak. Untuk makna yang pertama, sila rujuk kamus dan bezakan makna mencari dan menyalahkan untuk frasa mencari/menyalahkan orang lain.Tatabahasa25.06.2014
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"?Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya.

Makna05.09.2013
Saya amat menghargai slogan "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Sejauh manakah amalan slogan tersebut terpakai dalam memperbetulkan sebutan dan fahaman masyarakat yang tersilap sejak dahulu - merujuk kepada salah satu perkataan di dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar - iaitu perkataan "muhrim" dan "mahram"?Untuk makluman tuan, pelbagai program/aktiviti yang dijalankan oleh DBP bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain Khidmat Nasihat DBP yang membantu menyelesaikan hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP, terdapat banyak program/aktiviti lain yang dilaksanakan oleh DBP. Antaranya ialah Khidmat Pengesahan Bahasa, Pantau Tegur Bahasa, program promosi seperti kerjasama dengan media elektronik dalam rancangan radio, Klinik Jawi, rujukan Siri Pedoman Bahasa dan Lembar Bahasa, serta banyak lagi. Tuan boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui dengan lebih lanjut. DBP sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pengguna bahasa bagi memastikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara digunakan secara betul dan baik. Lain-lain12.09.2013
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasihTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Tatabahasa25.02.2014

Kembali ke atas