Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar tidak nampak dan tidak dapat di­rasa, abstrak; memujaradkan menjadikan sesuatu mu­jarad, mengabstrakkan: sama-sama ber-fungsi ~ cerita, plot, dan watak; kemujaradan keadaan mujarad: ~ yg men-cerminkan pelbagai rahsia alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak tampak dan tidak dpt dirasa; abstrak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mujarad (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan abstrak, niskala, konseptual;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abstract wordperkataan mujaradPendidikanTiadaTiada
abstract workkerja mujaradPendidikanTiadaTiada
metaphormetaforaKesusasteraanPuisiGaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, iaitu nyata dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pcmbanding. Contohnya, 'perahu waktu' dan 'di laut umur' dari puisi "Ke Pelabuhan Jauh" karya A. Wahab Ali.
symbolsimbolKesusasteraanTiadaSuatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simbol berasal daripada perkataan Yunani syamballein yang bermaksud �mencampakkan bersama-sama� dan kata nama simbolon yang bermaksud �tanda�, �lambang� atau �token�.

Kembali ke atas