Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.kah] | موکه

Definisi : 1. perbuatan bersetubuh yg haram (bukan antara suami isteri), zina; 2. teman berzina, kendak; bermukah melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkendak: jangan ~ dgn gun-dik raja dan jangan ~ dgn tunangan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.kah] | موکه

Definisi : 1 persetubuhan secara haram; zina. 2 teman berzina. bermukah melakukan persetubuhan secara haram; berzina; berkendak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mukah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan zina: sanggama, persetubuhan, hubungan seks, hubungan kelamin, sekedudukan,

2. Bersinonim dengan penzina: teman berzina, kendak,

Kata Terbitan : bermukah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Mohon bantuan daripada pihak tuan untuk terjemah ke bahasa melayu kerana pihak majlis ingin menggunakan kedua² bahasa kelakTerjemahan yang sesuai bagi  "Mukah Towards A Vibrant Smart City" ialah "Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria"Makna10.05.2017
Selamat petang. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Sukacita untuk memohon bantuan daripada pihak tuan untuk melakukan terjemahan yang tepat kerana pihak majlis bercadang untuk menggunkan kedua-dua Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Permohonan yang sama telah saya ajukan pada 10 Mei 2017 yang lepas. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi "Mukah Towards A Vibrant Smart City" dalam bahasa Melayu ialah Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria.Makna15.05.2017
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu.Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut.Makna03.01.2016
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN?Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN? tERIMA kASIHMeliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
Makna28.10.2015
Saya Toulors Faruza saya belajar bahasa Melayu saya ingin bertanya tentang Apakah makna Meliun?Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
Makna28.10.2015
1.Penggunaan perkataan ia..merujuk kepada apa sebenarnya. Adakah hanya tertakluk kepada orang sahaja? 2. Ejaan untuk perkataan semula jadi (dijarak atau dirapat). 3. Bolehkah pihak DBP menghantar contoh2 ejaan yang digunapakai sekarang (terkini) Terima kasih. Three Rivers, Mukah'Ia" kata ganti nama diri untuk manusia, bukan untuk binatang, benda, atau kata nama abstak. Ejaan semula jadi dieja terpisah. Sila dapatkan buku Pedoman Ejaan dan "Sebutan Baku Bahasa Melayu" dan Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain15.04.2008
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami.

Istilah26.12.2018
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia?

Di Malaysia bahasa daerah merujuk kepada loghat atau dialek. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. contohnya dialek Kelantan , dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan sebagainya.  Sebagaimana yang kita sedia maklumsuku bangsa yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan suku kaum orang asli. DBP lebih menumpukan penerbitan dalam bahasa Melayu. Contoh buku bahasa sukuan yang telah diterbitkan antaranya Kamus Melanau Mukah – Bahasa Melayu dan Kamus  Bahasa Iban- Bahasa Melayu.

Lain-lain11.09.2017

Kembali ke atas