Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.kah] | موکه

Definisi : 1. perbuatan bersetubuh yg haram (bukan antara suami isteri), zina; 2. teman berzina, kendak; bermukah melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkendak: jangan ~ dgn gun-dik raja dan jangan ~ dgn tunangan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.kah] | موکه

Definisi : 1 persetubuhan secara haram; zina. 2 teman berzina. bermukah melakukan persetubuhan secara haram; berzina; berkendak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mukah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan zina: sanggama, persetubuhan, hubungan seks, hubungan kelamin, sekedudukan,

2. Bersinonim dengan penzina: teman berzina, kendak,

Kata Terbitan : bermukah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKAH

MUKAH , wilayah di bawah kuasa Kesultanan Brunei dan pembekal utama sagu dunia pada abad ke-19. Mukah pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan Melanau di Sarawak. Terdapat lebih kurang 37 buah kampung dan sebilangan kecil  kumpulan tertumpu di kawasan pinggiran Mukah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PANGERAN MATUSIN

PANGERAN MATUSIN (? -1880-an), pembesar Mukah, Sarawak.  Dia adalah anak pembesar Brunei dengan orang biasa keturunan Melanau dari Mukah.  Dia dihalau dari Mukah oleh Pangeran Arshad, tetapi Sultan Brunei memperkenankannya menetap di situ.  Mengikut catatan Charles Brooke, Pangeran Matusin disenangi oleh penduduk tempatan kerana kegigihannya dan sifatnya yang tidak memandang darjat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MELANAU

MELANAU, kaum bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak setelah kaum Iban, Melayu dan Bidayuh.  Pada asalnya, mereka tidak menamakan diri mereka Melanau.  Panggilan Melanau ini diperkenalkan semasa pemerintahan Brunei.  Orang Melanau, terutama di kawasan Mukah, Oya dan Dalat memperkenalkan diri mereka sebagai              ‘a-likou’ iaitu orang sungai.  Sungguhpun begitu ‘likou’ juga bermaksud orang Melanau yang masih mengamalkan kepercayaan lama.  Mereka juga memperkenalkan diri mereka mengikut nama tempat.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ZAINI OJE @ OZEAZAINI OJE @ OZEA (1951-      ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian.  Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.  Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985.  Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984).SASTERATokoh
RASCOM

RASCOM, pasukan kawalan keselamatan kawasan Rajang, Sarawak. Organisasi tentera yang terdiri daripada pelbagai bahagian di bawah pemerintahan bersama ini lebih dikenal sebagai Rajang Area Security Commad atau RASCOM dan ditubuhkan di Bahagian Ketiga Sarawak. Pada 25 Mac 1972, keseluruhan Bahagian Ketiga Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan Keselamatan Istimewa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia. Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Mukah, Oya dan Dalat. Kawasan kawalan diperluaskan di Binatang (Bintagor), Sarikei dan Julau, serta Song dan Kapit.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas