Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.kim] | مقيم

Definisi : 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan sebuah masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah seorang penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini, ada sekumpulan kecil kaum Sakai; bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; permukiman 1. kegiatan bermukim: ~ kum-pulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai; 2. tempat (daerah, kawasan) ber­mukim: pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.kim] | مقيم

Definisi : 1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mukim (kata nama)
Bersinonim dengan daerah, kawasan, wilayah, zon, provisi, bahagian, rantau, kampung, desa, lingkungan, kelurahan, mandala, luak.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah kata "mukim" mempunyai 2 makna yg bercanggah? Jika merujuk pd kamus, mukim membawa maksud tinggal tetap. Maksud yg lain juga adalah seperti penduduk yg tidak berniat untuk menetap di sesuatu tempat. Adakah terdapat dua makna yg bercanggah? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mukim adalah seperti yang berikut:

mukim kata nama

1 kawasan atau tempat tinggal di bawah perintah seorang penghulu atau ketua kampung. Contoh penggunaan: Kuala Tekal dan Kuala Kerau terletak dalam mukim Jenderak.

penduduk tetap di sesuatu daerah atau kawasan. Contoh penggunaan: Ada juga yang di dalam kapal-kapal itu seorang dua peranakan Bugis yang jadi mukim di negeri Melaka.

daerah yang berada dalam lingkungan sebuah masjid;

orang yang tinggal di Makkah melebihi tempoh menunaikan haji;

Terdapat empat pecahan makna mukim. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP.
Makna12.01.2024
Ejaan yang manakah betul 1. Kampung Dua, Mukim Kuantan, Negeri Pahang atau 2. Kampung Dua, mukim Kuantan, negeri Pahang

"Kampung Dua", "Mukim Kuantan" dan "Negeri Pahang" dikategorikan sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.

Ejaan09.11.2021
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke?

Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini  perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti  seperti  pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan.

Lain-lain16.06.2022
1. Saya tinggal di mukim Sik. Saya tinggal di Mukim Sik. 2. Ali tinggal di daerah Sik. Ali tinggal di Daerah Sik. 3. Saya dari negeri Kedah. Saya dari Negeri Kedah. Penggunaan nama khas manakah yang betul dan tolong berikan alasannya.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan nama khas yang betul adalah seperti yang berikut:

1. mukim Sik

2. daerah Sik

3. negeri Kedah

Lain-lain14.02.2011
MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. ANTARA 2 AYAT DI ATAS, YANG MANA LEBIH TEPAT@BETUL TENTANG PENGGUNAAN 'KERJA-KERJA BERKAITAN' ATAU 'LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN'?Penggunaan yang betul ialah KERJA-KERJA BERKAITAN atau KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITANTatabahasa23.08.2021
Mana satu antara ejaan berikut yang tepat dalam penggunaan B.Malaysia 1. PERKERJAAN / PEKERJAAN 2. BERKERJA / BEKERJA 3. PERKERJA / PEKERJA 4. Boleh terangkan perbezaan antara penghulu kampung dengan ketua kampung terima kasih1. PEKERJAAN
2. BEKERJA
3. PEKERJA
4. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung.
Tatabahasa23.04.2014
SAYA HARAP DAPAT BALAS SECEPAT MUKIM, DAPAT LULUS MOHOM LESEN IKLAN. SEKIAN TERIMA KASIH.Sila kemukakan nombor permohonan tuan dan hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9109 untuk pemprosesan segera iklan tuan.Lain-lain02.06.2015
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI?

Cadangan:

Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.

 

 

Lain-lain13.05.2009
Minta penjelasan mengenai ejaan sebenar nama mukim Kerteh... KERTEH atau KERTIHSalam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah KERTEH

Sekian.
Lain-lain09.08.2017
Assalamualaikum. Nama Masjid Kami ialah MASJID AS SYAKIRIN, Mukim Oran, Perlis. Soalan: Apakah ejaan yang betul bagi nama Masjid kami: AS SYAKIRIN atau AS-SYAKIRIN AL SYAKIRIN atau AL-SYAKIRIN tulisan jawinya: مسجد الشاكرين atau ejaan yang lain Terima kasih.Alaikumussalam,

Padanan ejaan nama khas daripada Jawi kepada Rumi ialah mengikut kaedah transliterasi: al-Syakirin
Ejaan19.02.2014
12

Kembali ke atas