Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar orang yg beriman kpd Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg percaya kpd Allah; orang yg beriman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mukmin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKMIN

Mukmin, orang yang percaya dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia berasal daripada perkataan Arab amana yang bererti selamat, selesa, percaya.

AGAMAKonsep
AHLI SUFFAH

Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin

dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak

mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka

mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi

di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli

Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai

Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al-

Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah

perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan

bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh

di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang

legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah

berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama

Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di

bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW

di Madinah al-Munawwarah.” Ia ialah tempat

fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh,

iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan

tidak ada tempat berteduh.

UMUM 
TALKINPerlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.AGAMAKonsep
SURAH AL-SAJDAH

Surah al-Sajdah ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-32 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Sajdah (sujud) kerana Allah

S.W.T. menyebut di dalamnya ciri-ciri orang

mukmin yang baik, iaitu orang yang apabila

mendengar ayat al-Qur’an yang mulia, dia

menyahut panggilannya.

UMUM 
SURAH AL-MU'MINUN

Surah al-Mu’minun ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut

susunannya surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al-

Mu’minun sempena pujian terhadap amalan

kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang

melayakkan mereka menduduki syurga yang

tertinggi, iaitu syurga Firdaus.

UMUM 
DATO' SIAMANG GAGAP

DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SURAH LUQMAN

Surah Luqman ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat.

Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi

wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang

Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan,

menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian

dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang

diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan

petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al-

Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan

untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun

ayat tentangnya yang bermaksud:

“... dan di kalangan daripada manusia ada orang

yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan

orang lain daripada Allah S.W.T...”.

(Surah al-Luqman 31:6)

UMUM 
SYAIR RAKIS

SYAIR RAKIS, puisi Melayu tradisional. Syair ini merupakan karya yang pertama dihasilkan dalam sejarah kesusasteraan Melayu Brunei. Syair Rakis ditulis oleh Pangeran Syahbandar Muhammad Salleh ibnu Pangeran Sharmayuda pada tahun 1845.  Pangeran Muhammad Salleh ialah salah seorang keluarga diraja Brunei. Syair ini dipersembahkan kepada Sultan Abdul Mukmin (1852-1885) oleh Pangeran Muhammad Salleh sebagai saptadarma (ketika dia dalam buangan). Syair Rakis diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada tahun 1965 dengan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato’ Seri Utama Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri bin Pehin Udana Khatib Dato’ Seri Paduka Awang Haji Umar sebagai penyusun.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas