Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.lia] | موليا

Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.lia] | موليا

Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ṣafā( افص اب )bāṭel kardan( ندرک لطاب )bāṭen( نطاب )bā‘es̱, sabab( ببس ،ثعاب )bā ‘aẓemat( تمظع اب )bāgh( غاب )bāghbān( نابغاب seniman seniwati suka bermain-main kuno, purba berilmu mulia, berhormat cerdik meriah kelab menyenangkan membatalkan batin, dalaman sebab agung kebun, taman tukang kebun actor actress playful ancient educated honourable intelligent splendid club pleasant to cancel interior cause, motive great e ghorbān( نابرق ديع )ʻeyn, cheshm( مشچ ،نيع )ʻeynak( کنيع )ʻoyūb( بويع sains serban utama kehidupan perbuatan, tindakan, babak bapa saudara dalam labah-labah tukar, salin aib, kecelaan, kecacatan hari mulia hari raya aidilfitri hari raya aidiladha mata kaca mata kerosakan, kecelaan, kecacatan science turban main life, living act, action uncle deep spider to change defect holiday, feast eidul fitr eidul

Kembali ke atas