Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mul.ti] | مولتي

Definisi : awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata multi-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam En Sulaiman. Saya cuba mencari makna perkataan atau istilah "multi-skilling" atau "multi skills". Tetapi, saya tidak menjumpai makna perkataan tersebut di kamus online DBP. Mohon bantuan daripada pihak tuan. Terima kasih. Yang benar, Amran 012-3791871 amranvemma@gmail.com

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelbagai kemahiran. 

Istilah03.09.2009
adalah kata 'multi kebolehan' merupakan ungkapan yang betul jika digunakan dalam ayat (rancangan untuk dokumentari) contoh ayat - dia seorang yang multi kebolehan.

Multi- : awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin.

cadangan: Pelbagai kebolehan atau kebolehan yang pelbagai.

Tatabahasa11.12.2008
Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah "multi-nation state"? Contoh: India, Indonesia, Myanmar and Malaysia are glaring examples of multi-nation states. Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa multi-nation state ialah negara berbilang bangsa.Penyemakan dan penterjemahan27.12.2023
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan bagi "multi cooker"? "Mltui cooker" ialah peralatan dapur. 1) Periuk pelbagai guna 2) Periuk pelbagai 3) Periuk multi Sekiranya semua jawapan di atas salah, sila berikan pendapat tuan/puan. Terima kasih.Kami mencadangkan multi-cooker diterjemahkan kepada periuk pelbagai guna.Tatabahasa27.03.2015
Assalamualaikum/Selamat pagi, 1. Saya ingin kepastian mengenai terjemahan kata "carbon nanotubes". Yang mana yang tepat? karbon tiub nano atau karbon nanotiub atau saya boleh gunakan kedua-duanya? 2. Bagaimana pula untuk perkataan "multi-walled carbon nanotubes"? Untuk istilah "multi-walled" bolehkan saya guna istilah multi dalam bahasa melayu? Seperti "multi-dinding"? Sekian, terima kasih. Aminah.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "carbon nanotube" dan "multi-walled carbon nanotube" ialah nanotiub karbon dan nanotiub karbon multidinding.  Istilah02.11.2016
Kedai Cat Multi ColourNama ini tidak sesuai untuk digunakan. Mohon pelanggan untuk faks iklan untuk pengesahan.Lain-lain07.03.2007
Apakah terjemahan paling tepat atau sesuai bagi multi-messenger astronomy dan multiwavelength?
Padanan bahasa Melayu bagi istilah multi-messenger astronomy ialah astronomi multipengutus dan padanan bagi multiwavelength ialah panjang gelombang berbilang.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah16.09.2022
Salam sejahtera, Bagi terjemahan "multi-meter", adakah dalam bahasa Melayu penggunaan sengkang disarankan atau "multimeter" juga boleh digunakan? Terima kasih.Perkataan multimeter (Kamus Pelajar Edisi Kedua) boleh digunakan sebagai padanan terjemahan "multi-metre".Lain-lain09.06.2019
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Twin Spindle Multi Turret CNC Lathe'? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi 'Twin Spindle Multi Turret CNC Lathe"  ialah Pelarik CNC Multituret Gelendong Kembar.Istilah11.01.2016
Terjemahan istilah dari bahasa English kepada Melayu 1. Multi Info Display 2. Foot Parking Brake Kedua-dua istilah ini digunakan untuk keterangan terhadap alatan dalam kenderaan.

Encik Nazli,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut :

i. Multi Info Display : Paparan Pelbagai Maklumat ii. Foot Parking Brake : Brek Letak Kenderaan Jenis Kaki( seperti yang dibincangkan melalui telefon)

Istilah30.12.2009
123

Kembali ke atas