BENUA | Benua, tanah daratan yang luas yang muncul keluar dari dasar lautan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
POKOK JUDAS | Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik terutamanya pada awal musim bunga apabila keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5 sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul. Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung dirinya pada pokok demikian. | UMUM | |
RE | Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam pelbagai bentuk. Dewa matahari sering digambarkan sebagai sebuah cakera matahari yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan kucing. | UMUM | |