Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.cung] | مونچوڠ

Definisi : 1. mulut yg panjang (spt mulut anjing, babi, dll): ~ ikan todak; 2. panjang lagi lancip (bentuk sesuatu); 3. mulut (pd cerek, kendi, dll); mulutnya ~ = cabar ~ a)orang yg suka membuka rahsia orang; b) orangyg suka berbual kosong;bermuncung 1. mempunyai mulut yg pan­jang; 2. bk berkata, bercakap;memuncungkan menganjurkan mulut se­hingga menjadi atau kelihatan spt muncung:“Tak boleh”, jawab Pipi sambil ~ mulutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.cung] | مونچوڠ

Definisi : 1 mulut yg panjang (spt mulut anjing, mulut babi). 2 panjang dan tirus ke hujung (bkn bentuk sesuatu): mulutnya ~. 3 mulut cerek dsb; cerat: ~ cerek; ~ teko. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muncung (kata nama)
1. Dalam konteks pada haiwan
bersinonim dengan mulut, domol, luncung, paruh, jongor,

2. Dalam konteks pada benda
bersinonim dengan mulut, cerat, curat, cerompong, cucur, corot, monyong,

Kata Terbitan : bermuncung, memuncungkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jet bitbit jetKimiaTiadaMata gerudi atau bit yang mempunyai muncung-muncung di dalamnya untuk meninggikan halaju bendalir penggerudian semasa bendalir itu memancut keluar dari bit. Saiz muncung-muncung ini boleh ditukar ganti untuk mencapai halaju yang dikehendaki.
jet bitbit jetKejuruteraanPetroleumMata gerudi atau bit yang mempunyai muncung-muncung di dalamnya untuk meninggikan halaju bendalir penggerudian semasa bendalir itu memancut keluar dari bit. Saiz muncung-muncung ini boleh ditukar ganti untuk mencapai halaju yang dikehendaki.
tip centering alignmentpenjajar muncungKejuruteraan AutomotifTiadaAlat untuk menentukan kesejajaran muncung atas dan muncung bawal kimpal bintik.
tip centring alignmentpenjajar muncungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk menentukan kesejajaran muncung atas dan muncung bawah kimpal bintik.
nozzlemuncungKejuruteraanKejuruteraan KimiaSaluran yang terdiri daripada bahagian menumpu dan mencapah yang disambungkan oleh leleher. Bagi sesetengah kegunaan, muncung hanya terdiri daripada bahagian mencapah sahaja. Muncung sesuai bagi pengaliran bendalir pada keadaan seentropi kerana ia mengurangkan geseran dinding dan mengelakkan pemisahan lapisan sempadan. Tujuan bahagian menumpu adalah untuk meningkatkan halaju bendalir dan seterusnya mengurangkan tekanan bendalir. Tujuan bahagian mencapah adalah sebaliknya.
nozzle holderpemegang muncungKejuruteraan AutomotifEnjinPerumah yang menempatkan muncung dan pegas pelaras tekanan bahan api yang dipasang pada kepala silinder enjin. Tekanan bahan api meningkat di dalam perumah ini sehingga tekanan operasi, sebelum dilepaskan oleh muncung ke dalam kebuk pembakaran. Perumah ini juga merupakan penghubung pada sistem bahan api.
eyelid nozzlemuncung kelopak mataAeroangkasaTiadaMuncung pendorong yang dipasang dengan ram berbentuk kelopak mata yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengubah diameter jet bahan api.,Tangga yang dipasang pada kenderaan di pelabuhan udara untuk tujuan menaikkan dan menurunkan penumpang pesawat udara.,Muncung pendorong yang dipasang dengan ram berbentuk kelopak mata yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengubah diameter jet bahan api.
nozzlemuncungPerubatanTiada2. Muncung: Tempat keluar air.
convergent nozzlemuncung tumpuKejuruteraanTiadaMuncung yang keratan rentasnya menjadi semakin kecil.
propelling nozzlemuncung rejangKejuruteraanTiadaMuncung menggenting pada alur keluar kon ekzos turbojet atau paip jet yang memecutkan gas untuk menaikkan tenaga kinetiknya, dan dengan itu, meningkatkan tujahan.
12345678910...

Kembali ke atas