Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kin] | موڠکين

Definisi : tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ se­dapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kin] | موڠکين

Definisi : boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah golongan kata bagi perkataan 'mungkin' dan urutan kata yang manakah yang lebih tepat diantara 'boleh mungkin' dan 'mungkin bolih'?Mungkin boleh dikategorikan sebagai kata umum dan frasa yang betul ialah "mungkin boleh".Tatabahasa20.01.2009
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan?Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.Tatabahasa15.07.2011
Mungkin

Saudara Hadira,

Sila kemukakan semula pertanyaan saudara dengan jelas. 

Lain-lain23.02.2010
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih.Yang paling sesuai ialah: 1. blog  2. penulis blog  3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog.Tatabahasa07.05.2009
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Implikasi yang mungkin jika faktor laras diiabaikan dalam terjemahanLaras bahasa penting dalam terjemahan untuk menunjukkan bidang yang diterjemahkan, contohnya jika bidang undang-undang ada laras undang-undang dan sebagainya.Makna15.07.2006
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih.Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau  'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa10.12.2010
Salam sejahtera, kata sendi mana yg betul? "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba di sekolah" atau "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah?" Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Berdasarkan ketetapan ini, kata sendi nama yang sesuai ialah "ke". Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah.Lain-lain16.12.2019
Assalamualaikum. 1. Saya ingin bertanya, frasa manakah yang betul? a) masalah yang mungkin anda hadapi. b) masalah yang anda mungkin hadapi. 2. Apakah rujukan (buku, laman web) yang terbaik untuk mengetahui sifat sesuatu perkataan itu? Contohnya adakah perkataan itu kata kerja, kata adjektif, atau adakah ia kata kerja transitif/tak transitif? Maklumat ini penting untuk menentukan penggunaan imbuhan, terutamanya imbuhan 'kan' dalam membina ayat yang gramatis.1. Frasa yang betul ialah masalah yang anda mungkin hadapi.

2. Buku yang dicadangkan untuk dijadikan rujukan tatabahasa ialah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berjudul Buku Tatabahasa Dewan.
Lain-lain30.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas