Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kin] | موڠکين

Definisi : tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ se­dapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kin] | موڠکين

Definisi : boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
้ ว ฃ ฃ Kamus Thai 2.indb 53 4/15/2008 11:03:23 AM ค 54 คง [ko] ก 1 mengekalkan: คงความ เป็นกลาง mengekalkan sikap berke­cuali 2 mungkin: เขาคงถูก Dia mungkin betul. = คงจะ คงกระพัน [-krapan] ว kebal คงแก ่ เรียน [-kε:rian] ว berpengeta- huan luas คงจะ [-ca] ดู คง 2 คงคลัง [-kla] ว baki wang คงทน [-ton] ว tahan lama
Kamus Thai 2.indb
้ างว ้ าง หลังจากภรรยาของเขาเสียชีวิต Dia berasa sepi setelah isterinya meninggal. อาจ [a:t] ก 1 dapat: ฉันไม ่ อาจปีนเขานั้ นได ้ Saya tidak dapat mendaki bukit itu. ว 2 mungkin: เขาอาจมาถึงพรุ ่ งนี้ Dia mungkin tiba besok. อาจหาญ [a:tha:n] ว berani: ทหารไทย อับ อาจหาญ Kamus Thai 2.indb 411 4/15/2008 11:13:24 AM อ 412 ต ่ อสู ้ กับข

Kembali ke atas