Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kin] | موڠکين

Definisi : tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ se­dapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kin] | موڠکين

Definisi : boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
osteomyelitisosteomielitisPerubatanTiadaInflamasi tulang yang disebabkan oleh organisma piogen. Inflamasi mungkin setempat ataupun mungkin merebak ke seluruh tulang dan melibatkan sumsum, korteks, tisu kanselus dan periosteum.
growthketumbuhanPerubatanTiadaTisu yang membesar secara tidak normal. Tisu ini mungkin bersifat tumor dan mungkin tidak.
anomalyanomaliPerubatanTiadaKelainan yang ketara daripada biasa, terutamanya yang berkaitan dengan kecacatan sejak lahir. Kecacatan ini mungkin bersifat keturunan, mungkin tidak.
gas processing plantloji pemprosesan gasKejuruteraanPetroleum1. kemudahan yang direka untuk memproses gas asli bagi mendapatkan cecair gas asli. Gas asli yang diproses mungkin sudah atau mungkin belum mengalami pemprosesan di pemisah pajak atau di kemudahan medan. 2. Kemudahan yang direka untuk mengawal mutu gas asli yang akan dipasarkan kepada pengguna.
most likely timemasa paling mungkinPentadbiranTiadaMasa paling mungkin untuk menyiapkan satu aktiviti.
most likely activity timemasa aktiviti paling mungkinPentadbiranTiadaMasa paling mungkin untuk menyiapkan satu aktiviti.
tarntarnGeologiTiadaTasik kecil yang mungkin terdapat di paya atau yang mungkin memenuhi lembangan di tengah-tengah banjaran gunung.
whealbintatPerubatanTiadaBahagian kulit yang berwarna lebih merah atau pucat daripada warna kulit di sekelilingnya, yang sering kali disertai dengan gatal-gatal. Bintat ini mungkin menghilang dengan cepat atau mungkin dalam masa beberapa jam. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh gigitan serangga, alergi dan lain-lain.
penicillinpenisilinPerubatanTiadaSekumpulan besar antibiotik yang mungkin wujud secara semula jadi atau mungkin dapat disintesis secara langsung atau tidak langsung terutama daripada kulat genus Penicillium. Antibiotik ini sama ada dapat membunuh atau merencatkan pertumbuhan bakteria yang rentan terhadapnya.
rainfall effectkesan hujanPertanianAgronomi

Pengaruh hujan terhadap prestasi tanaman. Contohnya, pada satu-satu tahun hasil padi mungkin melebihi tahun-tahun lain akibat hujan yang lebih pada tahun berkenaan. Sebaliknya, hasil padi mungkin rendah pada tahun-tahun lain disebabkan kekurangan hujan. Kesan ini mungkin tidak begitu penting sekiranya ada pengairan untuk membekalkan keperluan air. Hujan yang berlebihan juga boleh mengakibatkan hasil yang rendah disebabkan banjir dan jangkitan penyakit akibat kelembapan yang tinggi.

12345678910...

Kembali ke atas