Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rid] | موريد

Definisi : = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll); bermuridkan sl mengambil sbg murid, men­jadi guru kpd: ia pun ~ Laksamana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rid] | موريد

Definisi : = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru; pelajar: ~ tua bekas pelajar sesebuah sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murid (kata nama)
Bersinonim dengan pelajar, penuntut, mahasiswa, mahasiswi, siswa, siswi, rekrut, kadet, pelatih, anak buah, pengikut, canterik, cekel;,

Peribahasa

Bak nyiru bak tampian,
     bak guru bak anak sasian.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Cikgu Hong dan Cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid / murid-murid di pintu utama sekolah. (kita patut guna murid atau murid-murid?) Terima kasih.
Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah cikgu Hong dan cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid-murid di pintu utama sekolah
Lain-lain25.07.2018
Salam, bagaimanakah cara menulis yang betul untuk 'murid-murid tahun enam'? Sama ada 'murid-murid tahun enam' ataupun 'murid-murid Tahun Enam yang lebih betul? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah 'murid-murid tahun enam'.Tatabahasa24.09.2014
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Salam sejahtera, ngin bertanya: mana satukah adalah betul?Murid-murid yang letih lesu atau murid-murid yang letih Terima kasihFrasa “Murid-murid yang letih lesu” dan “murid-murid yang letih” kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.03.2022
1.murid-murid (menghiaskan/ menghias) panji-panji di padang. 2.murid-murid (menghiaskan/ menghias) padang menggunakan panji-panji. Antara 2 ayat. mana yang betul?
Menurut data kami, ayat yang betul ialah 1. Murid-murid menghiaskan panji-panji di padang 2. Murid-murid menghiaskan padang menggunakan panji-panji.
Tatabahasa09.08.2016
Saya nak tampal jadual bertugas murid-murid di papan kenyataan.Mana satu yang sesuai digunakan sebagai tajuk jadual tersebut?Jadual Bertugas Murid-murid tahun 6 atau Jadual Tugas Murid-murid tahun 6 atau ada frasa lain yang lebih betul?Ayat yang betul ialah "Jadual Tugas Murid-murid Tahun 6".Tatabahasa02.06.2012
dia adalah/ialah antara murid/murid-murid pandai .? terdapat dua soalan .. adalah/ialah dan murid/murid2

Merujuk kepada Koleksi Pedoman Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP, kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sebenarnya, sering berlaku kekeliruan apenggunaan kedua-dua kata ini.

Namun demikian, bagi membantu saudara, kata kunci yang boleh saudara gunakan bagi membezakan contoh ayat yang diberikan atau kegunaan pada masa hadapan ialah:

a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.

b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.

Tatabahasa09.01.2008
selamat sejahtera. 1. Murid-murid beratur membeli makanan di kantin. 2. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin. 3. Murid-murid beratur untuk membeli makanan di kantin. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? kalau ayat 1 betul. harap dapat penjelasan sikit daripada pihak tuan. terima kasih.Semua ayat betul kecuali ayat 1.Tatabahasa29.10.2018
Salam sejahtera, Murid-murid 2A bekerjasama membersihkan kelas. Adakah penulisan (murid-murid 2A )betul? Sekian,terima kasih.Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah, "Murid-murid Kelas/Tingkatan 2A bekerjasama membersihkan kelas."Lain-lain02.08.2023
1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Tugas guru adalah mengajar murid-murid. Yang manakah betul?Ayat yang gramatis "Tugas guru mengajar murid-murid".Tatabahasa19.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas