Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rid] | موريد

Definisi : = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll); bermuridkan sl mengambil sbg murid, men­jadi guru kpd: ia pun ~ Laksamana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rid] | موريد

Definisi : = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru; pelajar: ~ tua bekas pelajar sesebuah sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murid (kata nama)
Bersinonim dengan pelajar, penuntut, mahasiswa, mahasiswi, siswa, siswi, rekrut, kadet, pelatih, anak buah, pengikut, canterik, cekel;,

Peribahasa

Bak nyiru bak tampian,
     bak guru bak anak sasian.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rally Robingiliran RobinPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan murid-murid secara berpasangan dan bergilir memberikan maklum balas tentang suatu perkara secara lisan. Kata Robin merujuk kepada apa-apa sahaja yang berbentuk bulat.
who am I?siapakah saya?PendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dengan cara melekatkan maklumat mengenai diri (identiti) di belakang baju murid. Murid diberikan peluang untuk bertanya tiga soalan kepada rakan berkaitan identiti mereka. Rakan mereka perlu menjawab “ya”, atau “tidak” untuk mendapatkan jawapan kepada maklumat diri murid dan mereka dikenali sebagai “pakar rujuk” sekiranya jawapan yang betul telah diperoleh.
look and say methodkaedah lihat dan sebutPendidikanTiadaTeknik pengajaran membaca yang membolehkan murid-murid mengenali seluruh perkataan sekali gus.
three-step interviewtemu bual tiga langkahPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan seramai empat orang membuat aktiviti seperti berkongsi pemikiran, menjawab soalan dan mencatatkan maklumat. Murid-murid secara berpasangan memainkan peranan sebagai penemu bual dan orang yang ditemu bual secara bersilih ganti dan kemudiannya murid akan berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi temu bual dengan kumpulan yang lain pula.
team interviewtemu bual kumpulanPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan seorang murid mengutarakan soalan kepada murid yang lain untuk mendapatkan maklumat diri.
القراءة على الشيخpembacaan muridAgama IslamHadithCara penyampaian Ḥadīth dengan murid membaca di hadapan guru untuk diriwayatkannya.
pupil athleteatlet muridPendidikanTiadaIndividu yang terlibat dalam acara sukan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan. Individu tersebut boleh berperanan sebagai murid atau pelajar atau atlet pada masa yang sama.
pupil athleteatlet muridSukanTiadaIndividu yang terlibat dalam acara sukan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan. Individu tersebut boleh berperanan sebagai murid atau pelajar atau atlet pada masa yang sama.
team projectprojek berkumpulanPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan murid secara berkumpulan bekerjasama untuk menamakan nama pasukan sorak, logo dan warna kumpulan mereka.
the yarn yarnbenang ideaPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan yang memerlukan murid melilitkan benang di tangan sebagai tanda mereka telah memberikan idea atau pendapat. Kumpulan yang paling banyak memberikan idea atau pendapat dapat diketahui menerusi jumlah benang yang diperoleh.
1234567

Kembali ke atas