Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan? | Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istana. | Lain-lain | 30.07.2021 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
MAKNA MARAH | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka. | Makna | 19.10.2007 |
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANG | Marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka | Makna | 19.10.2007 |
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat ini? "Beta tidak akan memberikan keampunan kepada ( )!" sabda Sultan Muadzam kepada Bendahara dengan murka. A kamu B tuanku C tuan hamba D hamba E awak/engkau/anda Ribuan terima kasih ! | Ayat yang betul ialah “Beta tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba”. | Lain-lain | 22.01.2022 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang maksud "dukacita". Merujuk kepada Kamus Dewan (laman PRPM), dukacita mempunyai definisi susah hati dan sedih. Namun begitu, merujuk kepada laman Istana Negara berkenaan bahasa istana (http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/) perkataan ke-14 dalam senarai perkataan menunjukkan Dukacita (bahasa Awam) seerti dengan Marah atau Murka dalam bahasa istana. Mohon penjelasan dan pencerahan untuk penggunaan perkataan dukacita. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud perkataan yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam konteks tersebut. | Tatabahasa | 30.07.2021 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |