Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sang] | موسڠ

Definisi : 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang, Artogalidia trivir-gata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang, Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang, Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt anjing, Vulpes spp.; ~ berbulu ayam prb orang jahat yg menya­mar sbg orang baik; ~ terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi kete­rangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sang] | موسڠ

Definisi : binatang liar yg suka memakan ayam, Paradoxurus leucomyotax. ~ jebat (kesturi) nama sj musang, Viverra zibetha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata musang

Puisi
 

Musang jebat di Kampung Cik Raoh,
     Dari jauh disangka kucing;
Hujan lebat air pun keruh,
     Cuba-cuba turun memancing.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Musang jebat lari tinggal baunya.

Bermaksud :

Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Musang HitamNorlena Albert C. J. @ Ahmad SalamDewan Siswa1 January 1996
Pitun MusangZainal Rashid AhmadPelita Bahasa1 November 1998
Sang Musang dan Sang Rubah: yang mana satu yang berbulu ayam?Rusli Abdul GhaniPelita Bahasa1 August 1990
Gua Musang berwajah baruAmir TanDewan Masyarakat15 July 1979
Gua Musang Dalam KenanganIzani H. DFamili15 July 1991
Gua Musang: masih kelam bagi UMNO?Ahmad Fawzi Mohd BasriDewan Masyarakat1 October 1995
Telatah Sang MusangSharifah Hasnah AbdullahDewan Pelajar1 February 1981
Cik Tania MusangHamid KarimKeluarga Harmoni15 July 2007
Anak Ayam dengan MusangYang Chik Hj JawalDewan Pelajar1 January 1983
Kenangan Di Gua MusangCik Kamariah Cik KobDewan Siswa1 May 1983
12

Kembali ke atas