Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sang] | موسڠ

Definisi : 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang, Artogalidia trivir-gata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang, Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang, Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt anjing, Vulpes spp.; ~ berbulu ayam prb orang jahat yg menya­mar sbg orang baik; ~ terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi kete­rangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sang] | موسڠ

Definisi : binatang liar yg suka memakan ayam, Paradoxurus leucomyotax. ~ jebat (kesturi) nama sj musang, Viverra zibetha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata musang

Puisi
 

Musang jebat di Kampung Cik Raoh,
     Dari jauh disangka kucing;
Hujan lebat air pun keruh,
     Cuba-cuba turun memancing.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Musang jebat lari tinggal baunya.

Bermaksud :

Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan selamat pagi. Apakah padanan yang bersesuaian bagi kedua-dua istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk gred durian iaitu 'musang king'? Adakah seperti berikut: - Durian Musang King (BM) - Durian of Mousang King (English) Terima kasih.

Musang king merupakan nama yang merujuk kod dan jenis durian. Maka, ejaan bagi nama durian tersebut perlu dikekalkan dengan menggunakan huruf kecil (kecuali pada permulaan ayat) seperti tumbuhan lain. Contohnya, durian belanda, lidah buaya dan periuk kera.

Ejaan10.02.2020
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul.A.
Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah.

B.
1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR.
2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan.
3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid
4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. 
 
Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
Lain-lain06.09.2015
Binatang apakah yang digelar Sang Lamri

Binatang yang digelar Sang Lamri ialah musang.

Lain-lain11.05.2010
Dalam karya kreatif, bolehkah kata ganti diri manusia digunakan untuk binatang. Terutama sekali dalam ayat penyata? Sila lihat contoh video ini : Kisah Musang dan Anggur - https://youtu.be/M16kcap_ZeA Terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan dia dan -nya seperti yang terdapat dalam video tersebut merupakan kata ganti nama diri untuk orang ketiga. Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut, termasuk dalam karya kreatif. Tatabahasa30.04.2021
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian

Saudara,

Jawapan yang tepat ialah:

1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan'

2.
 Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula,  perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut.

3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina'

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas