Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.sang] | موسڠ

Definisi : 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang, Artogalidia trivir-gata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang, Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang, Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt anjing, Vulpes spp.; ~ berbulu ayam prb orang jahat yg menya­mar sbg orang baik; ~ terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi kete­rangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.sang] | موسڠ

Definisi : binatang liar yg suka memakan ayam, Paradoxurus leucomyotax. ~ jebat (kesturi) nama sj musang, Viverra zibetha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata musang

Puisi
 

Musang jebat di Kampung Cik Raoh,
     Dari jauh disangka kucing;
Hujan lebat air pun keruh,
     Cuba-cuba turun memancing.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Musang jebat lari tinggal baunya.

Bermaksud :

Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMusang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya.
Kurik Kundi Merah SagaMusang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing.
Kurik Kundi Merah SagaAnak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar; Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari menyambar.
Kurik Kundi Merah SagaTerkiok ayam dek musang, Ambil hatinya sebelanga; Janganlah kasih digerusang, Biar berungai hendaknya lama.
Kurik Kundi Merah SagaAnak serati ditangkap musang, Anak kedidi lari melompat; Dalam hati terasa bimbang, Orang yang dicari belum dapat.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.
Kurik Kundi Merah SagaDari Kesang pergi ke Kelang, Sampai waktu tanah seberang; Musang dan rimau sama belang, Yang mana satu tengok garang?
Kurik Kundi Merah SagaOrang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok.
Kurik Kundi Merah SagaSarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.
Kurik Kundi Merah SagaHutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri.
12

Kembali ke atas