Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar orang (lelaki) yg beragama Islam; memuslimkan 1. menjadikan sesuatu ber­cirikan Islam: serba-serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2. men­jadikan seseorang Muslim; kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~ seseorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penganut agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
Muslim (kata nama)
Bersinonim dengan umat Islam, orang Islam, muslimin, muslimat, ummah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Musyrik atau musyrik? Muslim? muslim? Musyrikin ?Kata nama am atau khas?

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, Musyrik, Musyrikin, Muslim  dan lain-lain. 

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, munafik dan lain-lain.


Tatabahasa18.11.2020
Salam maal hijrah pihak KNDBP, saya ingin bertanya, muslim dieja dengan "Muslim" atau "muslim", m kecik @ besar, terima kasih
Menurut data kami, perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam.
Ejaan01.10.2016
salam, benarkah perkatan "muslim " perlu dieja dengan huruf besar?Perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam.Tatabahasa27.04.2012
Bagaimana untuk menulis bibliografi seperti berikut? Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman (Shohih Muslim) (14121).Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman. Shohih Muslim. 14121.


Ejaan07.08.2015
Mohon pencerahan tentang ayat yang betul (1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim atau (2) Hadis daripada Bukhari dan Muslim (3) Hadis Bukhari dan MuslimKetiga-tiga ayat ni betul. Walau bagaimanapun antara ayat pertama dan ayat kedua, ayat pertama lebih banyak digunakan dalam laras agama, manakala ayat ketiga menunjukkan penjenisan hadis mengikut perawi.Tatabahasa05.03.2020
Saya Muslim Ismail Dalaebok sedang belajar bahasa Melayu dasar, Di Universiti Fatoni Selatan Thailand. igin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah pengertian kata Bantu ? terima kasih.Kata bantu, yang hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek (telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum) dan kata bantu ragam (hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin).Tatabahasa08.12.2013
saya nama Muslim Beraheng sedang belajar bahasa Melayu dasar, University Fatoni ingin bertanya tentang tatabahasa apakah yang di maksudkan kata ganda? terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 49.Tatabahasa03.11.2015
di kalangan Muslim dikatakan salah dan dikatakan betulnya dalam kalangan Muslim. Adakah kedua-duanya betul dalam BM dan DBP?Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.Tatabahasa07.11.2012
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan.Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis.Istilah13.06.2012
1. Bolehkah guna perkataan "kepemerintahan" 2. Boleh kah guna perkataan "non" seperti "non-muslim" atau "non-tradisional". Dalam kamus dewan tiada perkataan "non"

1. Perkataan kepemerintahan tidak ada dalam bahasa Melayu.

2.  Padanan non-muslim, non-traditional dalam bahasa Melayu ialah bukan muslim/Islam, bukan tradisional.

Istilah28.10.2009
1234

Kembali ke atas