Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar orang (lelaki) yg beragama Islam; memuslimkan 1. menjadikan sesuatu ber­cirikan Islam: serba-serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2. men­jadikan seseorang Muslim; kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~ seseorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penganut agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
Muslim (kata nama)
Bersinonim dengan umat Islam, orang Islam, muslimin, muslimat, ummah.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSLIM IBN ‘AQIL

Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta

berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn

‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim.

Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar

menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar

oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk

meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn

menerima banyak surat yang menyerunya agar

datang ke Kufah untuk dibai’ah.

UMUM 
KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), pertubuhan politik bukan kerajaan yang mewakili kaum India Muslim di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
QUTAYBAH IBN MUSLIM UMUM 
MUSLIM BURMAT MUSLIM BURMAT (1943-     ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London.SASTERATokoh
MUSLIM IBN ‘UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM 
KHURASANIY ABU MUSLIM

Khurasaniy Abu Muslim (100–137 H/718–755

M) pembesar daripada kalangan pemimpin

yang menjalankan seruan dan gerakan kerajaan

Abbasiyyah.

UMUM 
KHAWLANIY, ABU MUSLIM AL-

Khawlaniy, Abu Muslim al- (?–62 H/ ?–682

M) ketua para tabiin dan seorang yang zahid

zamannya.

UMUM 
ABU MUSLIM AL-KHURASANI

Abu Muslim al-Khurasani (? - ?), pejuang Islam dan ahli politik yang berkaliber dan disegani di Khurasan selepas kejatuhan pemerintah Bani Umaiyah dan ketika pemerintahan Bani Abbasiyah.

AGAMATokoh
WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY)Pertubuhan belia antarabangsa.AGAMAInstitusi/Organisasi
SINANArkitek Muslim yang masyhur di Turki pada zaman Kesultanan Ottoman.KEJURUTERAANTokoh
1234

Kembali ke atas