Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.tia.ra] | موتيارا

Definisi : 1. sj permata yg diperoleh dr sj tiram; indung ~ tiram yg mengandungi mutiara; 2. ki sesuatu yg sangat berharga: ~ ketuhanan yg dianugerahi Allah kpd manusia, iaitu akal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tia.ra] | موتيارا

Definisi : permata yg diperoleh dr sj tiram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutiara

Puisi
 

Raja Arif Shah masuk ke taman,
     Taman larangan Betara Indera;
Arif bertemu dengan budiman,
     Terlebih indah laut mutiara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mutiara terkalung ke leher babi.

Bermaksud :

Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A'kum.Saya nak tanya hukum D-M, kata mutiara atau mutiara kata.t.kasihYang betulnya ialah mutiara kata.Tatabahasa09.08.2010
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya?Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa01.05.2012
Merujuk latihan dalam buku teks tahun 6 muka surat 125, yang mana betul penghawa dingin atau pendingin hawa, kata mutiara atau mutiara kata. Dalam buku panduan guru jawapan yang diberi penghawa dingin dan kata mutiara. Saya mohon penjelasan lanjut kerana agak keliru dengan jawapan yang diberi.Selamat petang,
1.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa atau penghawa dingin ialah istilah lama.
2.Istilah yang betul ialah mutiara kata.

Sekian terima kasih.
Lain-lain27.06.2012
penggunaan mutiara kata atau kata mutiara yang betul.Ungkapan yang tepat ialah mutiara kataLain-lain26.07.2010
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Mutiara kata atau Kata Mutiara. Mana satu yang betul. Pendingin hawa atau penghawa dingin adakah kedua-duanya boleh digunakan selain penyaman udara.Perkataan yang betul ialah "Mutiara Kata" dan "penyaman udara" atau "pendingin hawa".Tatabahasa16.06.2011
yang mana lebih tepat penggunaannya antara 'mutiara kata' dan 'kata mutiara'.Ungkapan yang tepat ialah mutiara kata.   Istilah11.07.2009
1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ?Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata  4. madahEjaan01.02.2012
Apakah contoh mutiara kata bersama maksud dan penerangan secara terperinci?

Contoh mutiara kata "Takkan Melayu hilang di dunia" dan banyak lagi mutiara kita boleh dirujuk dalam buku Mutiara Kata Sasterawan Negara (terbitan DBP), terima kasih.

Makna18.01.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
12345

Kembali ke atas