Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak ber­belah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap ke-daulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); memutlakkan menyebabkan sesuatu men­jadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang; kemutlakan perihal mutlak; pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak memiliki sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~ wakil penuh. 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi tidak ada kecualinya atau tidak bersyarat lagi; menjadikan sesuatu sbg yg mutlak. kemutlakan 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. pemutlakan perihal atau perbuatan memutlakkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutlak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan Negara yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran. perlaktaan negara dieja huruf kecil atau besar? negara atau Negara?Perkataan "negara" ialah kata nama am,  dieja dengan huruf kecil  dalam ayat yang berikut: Berdasarkan Jadual 1, nyatakan "negara" yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran.Ejaan03.05.2023
contoh-contch kata nama majmuk mutlak????????Contoh kata nama majmuk yang telah mantap ialah antarabangsa,bumiputera,jawatankuasa,setiausaha,sukarela dan lain- lain lagi. Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 131 - 132.Tatabahasa26.07.2007
Ape maksud absolution??Absolution bermaksud mutlak.Makna19.11.2006
maksud bahasa jiwa bangsa

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Untuk mendapatkan keterangan lanjut, saudara digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Makna09.06.2009
Mohon penjelasan tuan, bolehkah perkataan intention di terjemahkan sebagai' terarah'. Saya mendapati perkataan ini mempunyai banyak maksud. Mohon tuan cadangkan terjemahan yang mengambarkan kata kerja bagi perkataan ini. tkSeperti yang puan sedia maklum, terjemahan perkataan ini tidak mutlak kepada satu perkataan sahaja. Sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=intention pelbagai terjemahan bagi perkataan intention mengikut bidang dan konteks penggunaannya dan puan boleh sesuaikan dengan konteks penggunaannya. Penyemakan dan penterjemahan23.02.2015
Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan?Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. 

Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut:

dara دارا 1 
adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor
bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina.

Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu:

teruna ترونا  
adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar
utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak.




Lain-lain09.06.2021
Saya mendapati "enable" diterjemah sebagai "mendayakan" di sesetengah laman web. Contoh: Mendayakan pemberitahuan (Enable notification). Adakah terjemahan ini betul? Jika tidak betul, bolehkah ia diterjemah kepada "membolehkan pemberitahuan"? Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris Melayu - Dewan, enable diterjemahkan kepada membolehkan seperti ayat he needs an absolute majority to enable him to govern dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; manakala dalam bidang peristilahan, enable diterjemahkan kepada pemboleh seperti enable signal - isyarat pemboleh. Oleh itu, kami berpandangan kedua-dua terjemahan ini boleh digunakan dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.   
Penyemakan dan penterjemahan26.09.2023
apa maksud peribahasa Bahasa jiwa bangsa? atau Bahasa menunjukkan bangsa.Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk makalah yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Makna17.01.2011
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk istilah kewangan "regularise"? Contoh penggunaan istilah adalah "Rehabilitation is a repayment programme tailored for the customer to regularise the loan account." (sumber: Maybank) serta "DCMT and the Company will discuss with AmBank to regularise the outstanding payment of the Total Outstanding Amount." dan "The Company will make the necessary announcement on further development of the regularisation plan in accordance with the requirements under PN17 of the Listing Requirements." (sumber: Bursa Malaysia). Terima kasih.Perkataan regularise/regularize boleh diterjemahkan kepada mengurus atau mengawal (mengurus akaun pinjaman/mengawal akaun pinjaman). Walau bagaimanpun, cadangan terjemahan ini bukanlah mutlak dan bergantung pada konteks penggunaannya. Penyemakan dan penterjemahan31.07.2019
12

Kembali ke atas