Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak ber­belah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap ke-daulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); memutlakkan menyebabkan sesuatu men­jadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang; kemutlakan perihal mutlak; pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mut.laq] | مطلق

Definisi : 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak memiliki sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~ wakil penuh. 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi tidak ada kecualinya atau tidak bersyarat lagi; menjadikan sesuatu sbg yg mutlak. kemutlakan 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. pemutlakan perihal atau perbuatan memutlakkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutlak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIFAR MUTLAKSifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan
molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah
mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains
adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai,
bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan
sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara
suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas
kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya
berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia
akan menjadi sifar pada –273.15°C.
UMUMKonsep
TIRANI

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah

untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh

seorang pemerintah yang mempunyai kuasa

mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani

bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang

pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah

pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.

Istilah tirani boleh juga digunakan untuk

merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh

pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui

kekerasan tentera atau muslihat politik.

Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat

sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan

kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.

Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang

menggambarkan seorang atau sekumpulan orang

yang memerintah dengan kejam, menindas, atau

tidak adil.

UMUM 
AGNOSTISISME

Agnostisisme ialah kepercayaan bahawa

persoalan mutlak, terutamanya yang berhubung

dengan kewujudan tuhan, tidak boleh dijawab.

UMUM 
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM 
REVOLUSI JULAI

Revolusi Julai 1830 berlaku di Paris apabila rakyat

Perancis memberontak menentang Raja Charles X.

Raja Charles cuba menjadikan Perancis sebagai

sebuah negara monarki mutlak seperti sebelum

berlakunya Revolusi Perancis yang pertama.

UMUM 
BRAHMAN

Brahman ialah nama tuhan yang paling mutlak

dan abstrak dalam agama Hindu.

UMUM 
ACTON, LORD

Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah

seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an.

Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah

buku berpengaruh Cambridge Modern History .

Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana

kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya.

Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power

tends to corrupt, and absolute power corrupts

absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah,

dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak).

UMUM 
KEBERALIRAN LAMPAU

Keberaliran lampau ialah fenomena apabila

logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan

elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada

logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar

mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah

menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu

tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir

lampau pada suhu setinggi –148 ° C.

UMUM 
PRIMOGENITUR

Primogenitur ialah sistem pewarisan yang

diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak

beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung

dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki

yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka

(tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya.

UMUM 
JAHAI

JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
12

Kembali ke atas