Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.za.ka.rah] | مذاکره

Definisi : Ar perbincangan (pertukaran pen­dapat) tentang sesuatu masalah dsb; bermuzakarah berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang sesuatu masalah dsb; memuzakarahkan membincangkan dsb se­suatu perkara (isu, masalah dsb) dlm muzakarah: mungkin perkara itu akan dimuzakarahkan kelak; hal-hal yg ada kaitan dgn keluarga akan dimuzakarahkan dlm majlis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.za.ka.rah] | مذاکره

Definisi : perbincangan atau pertukaran pendapat ttg sesuatu masalah, kemusykilan dsb. bermuzakarah berbincang atau bertukar-tukar pendapat ttg sesuatu masalah, kemusykilan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muzakarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualikum, nak tanye berkaitan perkataan 1. Tafaqquh 2. Muzakarah 3. Riadah 4. Maqam 5. Jaulah 6. as-Sunnah 7. anbia' 8. ulamak 9. thaqafah Adakah perkataan arab semua itu di Melayukan?Kata serapan daripada bahasa Arab yang diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu. Perkataan muzakara, riadah, makam, sunah, anbia dan ulama telah ada dalam bahasa Melayu. Tuan boleh menyemak sendiri perkataan lain melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Ejaan02.09.2015
Bagaimana hendak menentukan kata kerja itu berbentuk kata kerja tunggal atau tidak? Mengapakah kata kerja 'duduk' itu dianggap kata kerja tunggal tetapi tidak dengan 'berdiri'? Terima kasih.

Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata.   Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori;

     (i)  Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya

    (ii)  Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil,

    (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat

    (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya,  bijaksana, muzakarah

Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga.

Tatabahasa23.10.2013
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut.

Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata.   Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori;

     (i)  Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya

    (ii)  Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil,

    (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat

    (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya,  bijaksana, muzakarah

Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008).

 

Tatabahasa21.05.2009

Kembali ke atas