Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zik] | موزيک

Definisi : gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi­bunyian; pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.zik] | موزيک

Definisi : gubahan bunyi utk menghasilkan satu irama yg berharmoni; bunyi-bunyian yg bermelodi. pemuzik ahli muzik; pemain alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muzik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bunyi-bunyian: irama, lagu, nada, senandung, tanji,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan angklung, biola, bandai, bandil, batil, sabbana, gambong, senggung, singgung, giring, gong, kecerek, kenung, kerincing, kertuk, tetawak, togunggung, turiding, begut, engkerurai, kesuling, kungkurak, nabat, nafiri, serunai, turali, basui, engkerabab, engkerating, enserunai, gambus, kecapi, krem, lotong, pergam, rabung, rebab, sapeh, satung, beduk, dumbak, gedombak, gendang, geduk, jidur, ketabung, kompang, maruas, nengkara, rebana, akordion, bangsi, banjo, basun, begol, biola, dabal bes, dram, flut, genderang, gitar, gong, hap, harmonika, harmonium, kecapi, kerincing, klarinet, bornet, organ, piano, rekorder, saksefon, selo, seruling, serunai, simbal, sitar, spinet, suling, tabuh, tamburin, timpani, trombon, trompet, ukelele, viola, violin, zilofan,

Kata Terbitan : pemuzik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIK KLASIK

Muzik klasik ialah muzik yang ditulis khusus

untuk konsert, upacara keagamaan, dan untuk

opera dan balet. Muzik klasik juga termasuk

muzik bagi sekumpulan alat-alat muzik – seperti

orkestra simfoni – untuk persembahan suara dan

untuk persembahan alat muzik berserta gabungan

suara. Kadangkala muzik klasik dikenali sebagai

muzik seni . Kebanyakan muzik klasik lebih

kompleks daripada muzik popular, yang terdiri

daripada muzik country, muzik rakyat, muzik rock

dan jaz.

UMUM 
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
MUZIK ARAB

Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik

sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain.

Bahkan mereka juga menulis pengetahuan

mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh

bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab

yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang

zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan

alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada

masa yang sama muzik Arab juga banyak

mempengaruhi muzik-muzik kawasan

berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi

muzik-muzik di negara-negara Eropah.

UMUM 
MUZIK COUNTRY

Muzik country ialah muzik rakyat Amerika

yang popular. Muzik ini dikaitkan dengan budaya

luar bandar dan kawasan Amerika Syarikat

Selatan. Muzik ini berkembang pada tahun 1800-

an, hasil gabungan eleman-eleman muzik rakyat

dari Great Britain, muzik blues dari masyarakat

kulit hitam luar bandar di Selatan, lagu-lagu

popular pada akhir tahun 1800-an dan muzik

agama. Ada kalanya, muzik country dipanggil

muzik country and western, dan begitu popular di

seluruh dunia sejak tahun 1940-an.

UMUM 
MUZIK KAMAR

Muzik kamar ialah sejenis muzik klasik yang

digubah untuk kumpulan ahli muzik yang kecil.

Kumpulan ini dikenali sebagai ensemble dan

mungkin berbeza-beza jumlah ahlinya daripada

dua hingga sembilan orang pemuzik. Kebanyakan

ensemble mengandungi tiga hingga lima ahli

muzik yang memainkan alat bertali atau tiupan.

UMUM 
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOISChopin, Frédéric François (1810–1849),
penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan
seorang “master” dalam penggubahan muzik
piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik
untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu,
dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra.
Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas
lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo.
UMUMUmum
MUZIK ELEKTRONIK

Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya

dihasilkan secara elektronik. Para penggubah

menggunakan peralatan elektronik untuk

mengeluarkan bunyi yang mempunyai

kelantangan, nada, irama dan alunan yang

dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam

pita bermagnet atau cakera komputer untuk

menghasilkan satu gubahan muzik dan

memainkan semula muzik tersebut dengan

menggunakan perakam pita yang dilengkapkan

dengan pembesar suara.

UMUM 
MUZIK ROCK

Muzik rock merupakan salah satu bentuk muzik

dunia yang paling popular dan yang paling mudah

disesuaikan. Muzik ini mula muncul di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1950-an, dan dikenali

sebagai rock ’n’ roll (juga dieja rock and roll ). Pada

permulaannya, ia merupakan muzik untuk majlis

perjumpaan dan tarian yang menarik minat

pendengar daripada golongan muda. Muzik ini

sering dimainkan untuk berseronok di kalangan

remaja, dan kadangkala digunakan untuk

meluahkan kekecewaan mereka. Muzik ini

berkembang dengan cepat dan tidak lama

kemudian ia menjadi budaya ekspresi

antarabangsa bagi golongan remaja.

UMUM 
MUZIK RAP

Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular

yang pada umumnya ditutur atau diratibkan

berulang-ulang dengan rentak yang cepat,

berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan

dengan iringan muzik yang menekankan ritma

daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini

terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada

muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan

dengan corak-corak baru.

UMUM 
MUZIK KORUS

Muzik korus lihat Muzik klasik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas