Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zik] | موزيک

Definisi : gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi­bunyian; pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.zik] | موزيک

Definisi : gubahan bunyi utk menghasilkan satu irama yg berharmoni; bunyi-bunyian yg bermelodi. pemuzik ahli muzik; pemain alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muzik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bunyi-bunyian: irama, lagu, nada, senandung, tanji,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan angklung, biola, bandai, bandil, batil, sabbana, gambong, senggung, singgung, giring, gong, kecerek, kenung, kerincing, kertuk, tetawak, togunggung, turiding, begut, engkerurai, kesuling, kungkurak, nabat, nafiri, serunai, turali, basui, engkerabab, engkerating, enserunai, gambus, kecapi, krem, lotong, pergam, rabung, rebab, sapeh, satung, beduk, dumbak, gedombak, gendang, geduk, jidur, ketabung, kompang, maruas, nengkara, rebana, akordion, bangsi, banjo, basun, begol, biola, dabal bes, dram, flut, genderang, gitar, gong, hap, harmonika, harmonium, kecapi, kerincing, klarinet, bornet, organ, piano, rekorder, saksefon, selo, seruling, serunai, simbal, sitar, spinet, suling, tabuh, tamburin, timpani, trombon, trompet, ukelele, viola, violin, zilofan,

Kata Terbitan : pemuzik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aakaakMuzikTiada

Muzik dalam upacara keagamaan istana di Korea yang berasaskan muzik Cina, iaitu muzik dalam upacara Confucius. Alat muzik asas terdiri daripada piri (aerofon dua rid), tae keum (flut), alat dram, alat tali dan set batu yang dilaraskan. Muzik upacara Confucius ini dipersembahkan dalam bentuk instrumental. Aak bermaksud muzik yang anggun.

classical musicmuzik klasikKesenianTiadaMuzik Eropah abad ketujuh belas hingga kesembilan belas yang mengandungi bentuk-bentuk muzik kamar, opera dan simfoni yang berbeza daripada muzik rakyat, muzik popular dan jaz.
ad libitum (L)ad libitumMuzikTiada

Kebebasan menterjemah muzik dalam muzik asal.

musical instrument digital interface (MIDI)antara muka digital alatan muzik (MIDI)Teknologi MaklumatTiadaSatu protokol piawai komunikasi untuk saling tukar maklumat muzik di antara alatan muzik, pensintisis dan komputer. Protokol ini mentakrifkan kod untuk memainkan muzik seperti permulaan not, nada, panjang, isi padu suara dan atribut muzik. Ia juga mentakrifkan kod pelbagai butang, pelarasan dail dan pedal yang digunakan pada pensintisis. Fail MIDI adalah kecil jika dibandingkan dengan fail muzik digital.
absolute musicmuzik mutlakMuzikTiada

Muzik yang dicipta tanpa gambaran atau peristiwa tertentu.

abstract musicmuzik abstrakKesenianSeni Muzik

Muzik yang dicipta tanpa gambaran atau peristiwa tertentu.

secular musicmuzik sekularKesenianTiadaMuzik selain daripada muzik keagamaan.
formbentukMuzikTiada

 Struktur sesuatu karya muzik yang ditentukan oleh elemen muzik seperti melodi, ritma, harmoni, tonaliti, timbre (warna ton) dan tekstur. Bentuk boleh dibahagikan kepada empat kategori, pertama bentuk tunggal, iaitu struktur sesuatu karya muzik yang terdiri daripada hanya satu gerakan muzik dan biasanya diklasifikasikan mengikut tonaliti dan bahagian ulangan. Contohnya, rondo, bentuk sonata dan menuet. Kedua ialah bentuk majmuk yang terdiri daripada gabungan beberapa bentuk tunggal seperti simfoni, sonata dan konserto. Ketiga pula ialah bentuk yang bergantung pada tekstur, teknik serta prosedur dalam ciptaan muzik. Contohnya, fantasi, fuga, dan toccata. Keempat ialah bentuk vokal yang bergantung pada struktur teks seperti ballata dan rondeau.

canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

intermezzo (It)intermezzoKesenianTiada1. Tajuk umum sebarang karya muzik. 2. Muzik instrumental atau vokal yang diselit antara persembahan. Sinonim dengan istilah interlude.
12345678910...

Kembali ke atas