Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIK ELEKTRONIK

Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya

dihasilkan secara elektronik. Para penggubah

menggunakan peralatan elektronik untuk

mengeluarkan bunyi yang mempunyai

kelantangan, nada, irama dan alunan yang

dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam

pita bermagnet atau cakera komputer untuk

menghasilkan satu gubahan muzik dan

memainkan semula muzik tersebut dengan

menggunakan perakam pita yang dilengkapkan

dengan pembesar suara.

UMUM 
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 
STOCKHAUSEN, KARLHEINZ

Stockhausen, Karlheinz (1928– ), penggubah

muzik Jerman, yang menjadi penggerak utama

dalam pengembangan muzik moden semenjak

awal tahun 1950-an. Stockhausen mencipta muzik

daripada bunyi yang luar biasa. Gubahannya

menggunakan bunyi elektronik sintetik dan bunyi

semula jadi seperti statik radio, pidato, dan bunyi

jalanan. Dia kadangkala mengherotkan bunyi ini

secara elektronik.

UMUM 
ALAT SINTESIS

Alat sintesis ialah alat muzik yang

menghasilkan bunyi secara elektronik.

Kebanyakan alat sintesis dimainkan dengan cara

menggunakan keyboard (papan jari).

UMUM 
ORGAN

Organ ialah alat muzik papan kekunci. Terdapat

dua jenis organ utama, organ paip dan organ

elektronik. Kebanyakan organ paip terdapat di

gereja, dewan konsert, dan teater. Sejarah organ

paip boleh dikesani semula lebih daripada 2000

tahun dahulu. Banyak karya agung muzik digubah

untuknya.

UMUM 

Kembali ke atas