Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electronic musicmuzik elektronikKomputerTiadaTiada
electronic musicmuzik elektronikSosiologiTiadaMuzik yang dihasilkan melalui pengaturcaraan.
beatboxrentak muzikMuzikTiadaBunyi mesin dram (alat muzik elektronik) yang dihasilkan oleh suara seseorang.
beatboxerperentak muzikMuzikTiadaOrang yang menghasilkan bunyi mesin dram (alat muzik elektronik) menggunakan suara.
musique concretemusique concreteMuzikTiada

 Muzik yang dihasilkan melalui kaedah atau alat elektronik. Bunyi seperti alat muzik akustik, elektrik dan alam semula jadi disalin, diadun dan dirakam dengan alat keyboard synthe­sizer, pita rakaman dan gramofon. Contohnya, Poeme electro-nique (1958) oleh Varese, dan Gesang der Jiinglinge (1956) oleh Stockhausen.

electrophoneelektrofonKesenianTiadaAlat muzik yang menggunakan kaedah elektronik.
sweepimbas elektronikKomunikasiKorporatAlat elektronik yang digunakan untuk menambah baik mutu rakaman audio dalam penerbitan filem, muzik, atau iklan. Alat ini menggunakan perisian komputer yang berfungsi sebagai pengimbas masalah audio dan penyunting audio. Alat ini juga digunakan apabila mutu rakaman sesuatu penerbitan tidak mencapai tahap yang boleh mewujudkan impak kepada khalayak. Mutu rakaman yang tidak memuaskan ini boleh berlaku semasa proses rakaman audio atau proses penyuntingan, ataupun kerana mutu suara yang sememangnya tidak cukup mantap. Penggunaan alat ini boleh memperbaik kesilapan tersebut tanpa mengeluarkan kos dan masa tambahan seperti melakukan rakaman dan penyuntingan semula.
kacapikacapiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang dipetik. Alat muzik ini berkembang di daerah Sunda, Jawa Barat, Indonesia. Kacapi mempunyai badan berbentuk segi empat bujur. Tujuh utas tali atau lebih dipasang pada badan dan setiap tali disokong dengan kekuda yang tinggi. Tali dipetik dengan jari dan dimainkan secara solo atau dalam ensembel. Dalam ensembel, kacapi dimainkan bersama-sama dengan alat muzik suling dan rincik bagi mengiringi nyanyian pantun, iaitu Tembang Sunda dan lagu vokal popular yang dikenali sebagai kacapian, dalam persembahan kacapi-suling. Kini, alat elektronik dipasangkan pada badan kacapi untuk mengayakan bunyi. Kacapi dikenali sebagai chakay atau jakhe di Thailand dan mi gyaun di Myanmar. Lihat juga jakhe.

acoustic guitargitar akustikMuzikTiada

Gitar yang bunyinya tidak diubah suai secara elektronik.

metronomemetronomKesenianTiadaPeranti mekanikal atau elektronik yang menghasilkan rentak boleh dengar yang digunakan untuk tempo sesuatu muzik.
12

Kembali ke atas