Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zium] | موزيوم

Definisi : bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.zium] | موزيوم

Definisi : tempat barang-barang bersejarah, barang-barang sains dll disimpan dan dipamerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muzium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Malam. Saya terdapat satu pertayaan, antara 'melawati muzium' dan 'melawat muzium' mana satu adalah betul? Terima kasihYang betulnya ialah melawati muzium.Tatabahasa08.08.2010
"Muzium hiper terhubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu (Hyperconnected museums: New Approaches, new publics) terjemahan bahasa melayu betul atau tidakBelum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung. Cadangan terjemahan ialah Muzium Hiperhubung atau Muzium Aktif Hubung atau Muzium Mudah Hubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu  untuk Hyperconnected museums: New Approaches, new publics.Penyemakan dan penterjemahan21.02.2018
1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah?Ayat yang betul ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Harap maklum.Tatabahasa25.07.2008
Selamat pagi. Adakah sesuai "The Palace Museum" di China diterjemah kepada "Muzium Istana Kota Larangan Beijing"? Terima kasih.Terjemahan bagi The Palace Museum ialah Muzium Istana. Penggunaan yang betul ialah Muzium Istana di Kota Larangan Beijing.Penyemakan dan penterjemahan20.12.2020
salam, mohon bantuan untuk terjemahan tema ini: Hyperconnected museums : New Approaches, new publics term "Hyperconnected" ada istilah khas dalam bahasa melayu atau tak untuk diterjemahkan. tqBelum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung. Hyperconnected Museums dicadangkan Muzium Hiperhubung, Muzium Aktif Hubung atau Muzium Mudah Hubung.Istilah21.02.2018
Saya pernah tanya satu soalan pada 25/7/2008: 1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah? Jawaban yang diberi oleh pihak DBP ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Saya kurang bersetuju dengan jawaban yang kedua yang diberikan. Hal ini demikian kerana selepas perkataan "bertanyakan" bukankah tidak boleh letak perkataan "tentang" kerana adanya imbuhan -kan di perkataan sebelumnya. Harap pihak berkenaan dapat memberi penjelasan tentang hal tersebut. Sekian, terima kasih.

Memang benar pendapat saudara. Pilihan jawapan yang kedua sepatutnya berbunyi begini: '....bertanya tentang jalan ke Muzium Perlis'

Tatabahasa03.11.2008
APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM?Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah.Makna13.08.2008
Betulkah ayat ini: Oleh itu, kita harus gunakan peluang ini untuk meneroka muzium tersebut. Ayat yang betul ialah "Oleh itu, kita harus menggunakan peluang ini untuk meneroka muzium tersebut."Tatabahasa11.04.2023
"Saya terjumpa satu buku ""Sejarah Ringkas Bahasa Melayu"" oleh Asmah Haji Omar terbitan Jabatan Muzium Negara semasa melawat Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Isi kandungannya sangat menarik tetapi sayangnya penuh dengan kesilapan tatabahasa. Bab pertama saja sudah tak terkira kesilapannya. Saya fikir alangkah bagusnya kalau DBP kemas kini buku ini dan ia diterbitkan semula. Saya pasti buku ini akan dihargai oleh ramai pencinta bahasa Melayu atau sesiapa saja yang ingin tahu tentang asal-usulnya. Terima kasih."Untuk makluman tuan, buku itu telah menjadi hak cipta Jabatan Muzium Negara dan DBP tidak boleh menerbitkannya semula, kecuali ada kerjasama antara DBP dan Jabatan Muzium Negara tentang penerbitan semula buku tersebut suatu hari nanti.Lain-lain20.10.2015
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? TerimakasihKamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

Arkib  pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2  tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.

Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dan sebagainya.

Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa30.04.2013
123

Kembali ke atas