Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zium] | موزيوم

Definisi : bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.zium] | موزيوم

Definisi : tempat barang-barang bersejarah, barang-barang sains dll disimpan dan dipamerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muzium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIUM SENI

Muzium seni lihat Muzium (Muzium seni).

UMUM 
MUZIUM SENI METROPOLITAN

Muzium Seni Metropolitan di New York City

ialah muzium seni yang terbesar di Amerika

Syarikat. Muzium ini mengandungi lebih dua juta

karya seni. Bangunannya dimiliki oleh kota New

York, tetapi koleksinya menjadi milik perbadanan

yang mengendalikan muzium itu di bawah piagam

yang diberikan pada tahun 1870. Muzium ini

mengadakan konsert dan ceramah di auditorium

yang boleh memuatkan seramai 700 orang.

Kedainya menjual buku seni, poster, dan

reproduksi karya seni daripada koleksinya.

UMUM 
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM 
MUZIUM NEGARA MUZIUM NEGARA , muzium utama di Malaysia. Muzium negara berfungsi sebagai tempat menyimpan, memelihara, menyelamat dan mempamer khazanah warisan budaya negara. Koleksi yang dihimpun mempunyai unsur sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi yang diperoleh, sama ada melalui penyelidikan di lapangan, pembelian, hadiah, derma atau pinjaman.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUZIUM SENI MODEN

Muzium Seni Moden di New York ialah salah

sebuah muzium yang terkemuka di dunia yang

khusus mengumpul dan mempamerkan hasilhasil

seni moden. Ia menempatkan lebih

daripada 100 000 objek yang mewakili kesemua

pergerakan seni utama sejak dari tahun 1880

sehingga kini, dari Amerika Syarikat dan negara-negara

lain.

UMUM 
MUZIUM

Muzium ialah sebuah institusi yang

mempamerkan bahan seni dan bahan pendidikan

kepada orang ramai. Bahan yang tersedia untuk

kajian dan pemerhatian dikenali sebagai koleksi.

Koleksi terdiri daripada bahan spesimen saintifik,

hasil seni, dan pameran serta maklumat mengenai

sejarah atau teknologi. Muzium juga menyediakan

maklumat kepada penyelidik, pelajar, dan ahli

komuniti yang lain. Pegawai muzium menyediakan

bahan-bahan pameran dan menjaganya selepas

dipamerkan.

UMUM 
MUZIUM TANAMAN

Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan.

PERTANIANInstitusi/Organisasi
ALLEY, REWI

Alley, Rewi (1897–1987) ialah penyair New

Zealand, menjadi terkenal kerana usahanya dalam

koperasi perindustrian di China. Dia diberi

penghormatan di sebuah muzium di Wuhan yang

didedikasikan kepada pengasas Revolusi Komunis

pada tahun 1949.

UMUM 
TAKSIDERMI

Taksidermi ialah teknik untuk mengawet

haiwan untuk menunjukkannya seperti rupanya

semasa ia hidup. Perkataan taksidermi berasal

daripada dua perkataan Yunani yang bermakna

susunan dan kulit . Muzium sejarah alam semula

jadi biasanya mempamerkan pelbagai haiwan

dalam latar semula jadinya.

UMUM 
SHAHRUM YUB

SHAHRUM YUB, Dato’ (1934-     ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991).  Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949.  Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960).  Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun.  Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962.

BUDAYATokoh
1234

Kembali ke atas