Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.da] | نادا

Definisi : I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli panca­ragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya me­nyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjuk­kan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.da] | نادا

Definisi : Kl sj alat utk menangkap ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.da] | نادا

Definisi : 1 bunyi dlm muzik atau dlm nya­nyian yg tentu tinggi rendahnya. 2 lagu suara (ketika bercakap dll): Anak itu merayu dgn ~ yg hiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nada (kata nama)
Bersinonim dengan bunyi suara, rentak, irama, tinggi rendah suara, intonasi lagu, melodi;,
Kata Terbitan : bernada,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
keynadanadanadaLinguistik
tonenadanadanadaKesusasteraan
tone (sound)nadanadanadaKomunikasi Massa
overtonenada berlebihlampau nadalampau nadaKesusasteraan
balancing tonenada pengimbangnada pengimbangnada pengimbangKomunikasi Massa
touch-tonenada sentuhnada sentuhnada sentuhTeknologi Maklumat
exclamatory pitchnada serunada serunada seruLinguistik
web tonenada webnada webnada webTeknologi Maklumat
pure tonenada tulinnada tulinnada tulinPerubatan
signature tunenada pengenalannada pengenalannada pengenalanKomunikasi Massa
1234

Kembali ke atas