Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.da] | نادا

Definisi : I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli panca­ragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya me­nyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjuk­kan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.da] | نادا

Definisi : Kl sj alat utk menangkap ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.da] | نادا

Definisi : 1 bunyi dlm muzik atau dlm nya­nyian yg tentu tinggi rendahnya. 2 lagu suara (ketika bercakap dll): Anak itu merayu dgn ~ yg hiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nada (kata nama)
Bersinonim dengan bunyi suara, rentak, irama, tinggi rendah suara, intonasi lagu, melodi;,
Kata Terbitan : bernada,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pameopameoKesusasteraanPuisiHasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nadanada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk!
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
overtonesnada lampauFizikAkustikNada yang mempunyai kelangsingan yang tinggi daripada kelangsingan nada asas dalam nada rencam.
nada (In)nadaKesenianTiadaGetaran bunyi.
pitch scale factorfaktor skala nadaTeknologi MaklumatTiadaFaktor yang menentukan peranti gelombang audio menukar nada suara atau pic. Contohnya faktor skala nada bernilai dua menyebabkan peningkatan nada sebanyak satu oktaf.
relative keynada relatifKesenianTiadaKunci nada yang berkaitan dengan kunci nada asal.
fundamental tonenada asasFizikAkustikNada yang mempunyai kelangsingan paling rendah dalam nada rencam.
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.
tonenadaKesusasteraanPuisiTinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenis� jenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati penyair yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata.
Bekesy audiometryaudiometri BekesySains KesihatanTiadaAudiometri automatik yang menggunakan nada selanjar dan nada denyutan masalah pada sistem auditori.
12345678910...

Kembali ke atas