Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.dir] | نادير

Definisi : Ar jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara atmosfera, spt neon dll; kenadiran perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg ber­kenaan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.dir] | نادير

Definisi : titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yg terletak langsung di bawah kaki pemerhati, lwn zenith. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.dir] | نادير

Definisi : sj perahu (di Melaka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.dir] | نادير

Definisi : jarang ada atau jarang terdapat. gas ~ gas (spt neon, xenon) yg jarang terdapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nadir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya agak keliru dengan istilah "nadir bumi" daripada perkataan Bahasa Inggeris "rare earth". Mengapa nadir bumi sedangkan kalau "rare gas" istilahnya dalam Bahasa Melayu adalah "gas nadir" dan bukannya "nadir gas"? ...

Istilah yang betul untuk 'rare earth' ialah nadir bumi. Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dibentuk berdasarkan konsep dalam bidang tersebut. Oleh itu, penterjemahan istilah tersebut tidak semestinya patuh kepada persamaan bentuk.  

Istilah06.09.2011
apakah yang dimaksudkan dengan "nadir bumi"Nadir Bumi ialah siri Lantanid iaitu siri lima belas unsur logam nadir yang bermula dengan lantanum dan berakhir dengan lutetium.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nadir+bumi...

Tatabahasa12.01.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan "HARIMAU NADIR" yang ditemukan dalam ensiklopedia apabila membuat carian kata "nadir"?Maksud "Harimau Nadir" ialah spesis harimau yang jarang ada/ditemui dan termasuk haiwan yang dilindungi.Istilah24.10.2017
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021
Pihak DBP ada bahan bentuk PDF untuk kami unit PSS letak dalam Rak Maya sekolah tak? Kalau ada bahan dalam bentuk PDF, saya nak. Untuk urusan perekodan bacaan NilamSalam,

Bahan Penerbitan DBP dalam bentuk PDF

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP.

Sehubungan dengan itu, untuk maklumat lanjut sila layari: 
https://jendeladbp.my/


Sekian,

Terima kasih.
Lain-lain10.12.2021
Saya nak tanya ada bahan lain,murid boleh membaca buku itu seperti majalah yang diterbitkan oleh DBP,Surat Khabar,berita dan ada bahan lain tak?

Salam sejahtera.

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencadangkan beberapa bahan bacaan melalui pautan seperti yang berikut:

1.      a.   Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: https://jendeladbp.my/
 b.    Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/
 c.    Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/
 d.    Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/
 e.    Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

Sekian terima kasih.
Lain-lain17.06.2021
Saya ingin menpelajari lebih banyak tentang bahasaSalam sejahtera,

RUJUKAN PAUTAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


a.     Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada:Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan:

a. Maklumat umum tentang kegiatan DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/
b. Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: https://jendeladbp.my/
c. Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/
d. Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/
e. Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/
f.  Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

Sekian, untuk pemakluman

Lain-lain23.08.2022
Salam,Puan.Bolehkah Puan memeperkenalkan laman web beberapa dalam pengeluaran idea dan perkongsian idea?

Salam sejahtera.

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

5.     Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan:

a.    Maklumat umum tentang kegiatan DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/

b.    Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: https://jendeladbp.my/

c.    Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/

d.    Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/

e.    Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/

f.     Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

Sekian terima kasih.
Lain-lain22.07.2021

Kembali ke atas