Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nad.wah] | ندوه

Definisi : Ar mesyuarat, perhimpunan, majlis: satu ~ tentang ilmu sosial Islam telah diadakan di Brussel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nadwah
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :mesyuarat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NADAWIY, ABU AL-HASAN AL-

Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– /

1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif.

Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy

al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah

Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa

dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya

diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd

al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama.

Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan

menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab,

Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti

Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan

pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di

Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian

menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat

pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al-

Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah

Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh

Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua

editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa

Urdu seperti majalah al-Ta‘mir.

UMUM 

Kembali ke atas