(1) cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah mulut dan nafas yang berbau. (2) Tindakan terhadap rakan sekelas yang menghadapi masalah mulut dan nafas yang berbau. Manakah ayat lebih sesuai dan gramatis? | Ayat yang betul ialah: 1. Cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah bau mulut dan nafas. 2. Cara-cara membantu rakan sekelas yang menghadapi masalah bau mulut dan nafas. | Tatabahasa | 09.02.2023 |
Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima? | Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |
Mengikut Kamus Dewan, apa yang dimaksudkan dengan Penerbitan dan Nafas Baru | enerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; manakala nafas baru ialah menghidupkan semula atau memberi idea baru supaya sesuatu itu dapat memberi saingan kepada produk atau hasil yang dikeluarkan. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih. | Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa. | Tatabahasa | 13.04.2018 |
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? | Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa dan struktur ayat. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat di atas? | Ayat tersebut boleh digunakan tetapi dari segi makna, ayat tersebut telah lewah iaitu kedua-duanya mempunyai maksud meninggal dunia. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
RAMAI yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Apakah maksud 'konglomerat' ? | Konglomerat ialah firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. | Istilah | 20.12.2008 |
Adakah sakit teruk, sesak nafas dikategorikan sebagai frasa nama atau frasa adjektif ? | Jawapan yang betul ialah frasa adjektif. | Tatabahasa | 18.03.2021 |
pemeriksaan iklan untuk tayangan media digital | 1. Sila betulkan Nafas Baru kepada Kehidupan Baharu 2. Sila betulkan ejaan Ramadhan kepada Ramadan (pada setiap tempat yang berkaitan) 3. Betulkan ayat seperti berikut: Ramadan sebagai titik mula untuk berhenti merokok 4. Betulkan Infoline kepada Talian Utama 5. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan/kain rentang/gegantung?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan yang telah dibuat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 13.04.2018 |
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus. | Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera.. | Karya | 16.12.2015 |