Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.hu]/[na.hu] | نحو

Definisi : cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dsb, tatabahasa; ~ bentuk nahu yg mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya, morfologi; ~ huraian nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg ber­lainan, membandingkan yg formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; ~ sarwajagat pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); ilmu ~ ilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat); nahuan bkn atau berkaitan dgn nahu: rangkai kata nahu yg hanya menerbitkan makna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.hu]/[na.hu] | نحو

Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan penyusunan ayat; tatabahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nahu (kata nama)
Bersinonim dengan tatabahasa.


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP?Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP.Tatabahasa25.08.2009
saya ingin mencari maklumat tentang nahu melayu dengan analisis cakupan. Apa yang dimaksudkan dengan analisis cakupanUntuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir (1980), dan An Introduction to Malay Grammar (1968) oleh Prof Asmah Haji Omar; Grammar of the Malay Language oleh Tassilo Adam dan J.P. Butler (1948); Arbak Othman (1981), Tatabahasa Bahasa Melayu. Makna12.01.2008
apakah perbezaan antara nahu penterjemahan dengan penterjemahan?

Penterjemahan ialah perihal atau kerja menterjemahkan sesuatu bahasa daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Untuk mengetahui tentang nahu atau tatabahasa terjemahan, saudara perlu memahami teori, teknik dan kaedah menterjemah sesuatu teks itu dengan merujuk buku berkenaan penterjemahan.

Tatabahasa07.02.2010
pendapat anda adakah penggunaan bahasa di akhbar tidak perlu mematuhi nahu bahasa yang betul berbanding akhbar pendidikan???Penggunaan bahasa di akhbar perlu mematuhi nahu bahasa Melayu yang betul walaupun terikat dengan cara penulisan akhbar dan gaya dalaman organisasi tersebut.Lain-lain07.08.2010
Mohon semak tatabahasa & nahu surat dan karangan di dokumen. Terima kasih.

Untuk makluman pihak tuan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.


Penyemakan dan penterjemahan12.11.2020
Mohon semak tatabahasa & nahu surat di dokumen. Terima kasih.Sila lihat maklumat pengeditan tatabahasa melalui lampiran dokumen.Tatabahasa01.09.2020
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-.Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Apabila merujuk buku Tatabahasa Dewan alomorf meny- wujud di bawah alomorf me-, iaitu bagi kata dasar yang bermula dengan huruf s. Manakala alomorf menge- wujud di bawah alomorf meng-, iaitu bagi perkataan yang mempunyai eka suku kata. Berkemungkinana dalam hal ini penyusun buku Tatabahasa Dewan tidak sependapat dengan penulis buku Nahu Mutakhir.Tatabahasa14.10.2012
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan .

Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020.

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020  bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and  Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation).

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia)  dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah  Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH).

Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu  Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health.

Sepanjang  seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada  seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang.

Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat  analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut.

 

 

 

Tatabahasa19.08.2020
Adakah ayat ini menuruti nahu Melayu baku: 'Ketahuilah hai pemuda, walaupun raga rakyat negara ini beraneka jenis warna dan bentuknya, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.'Ayat tersebut kurang tepat. Ayat yang betul ialah: Ketahuilah wahai pemuda, walaupun rakyat negara ini berbilang bangsa, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.Tatabahasa27.10.2018
12345678910...

Kembali ke atas