Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.hu]/[na.hu] | نحو

Definisi : cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dsb, tatabahasa; ~ bentuk nahu yg mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya, morfologi; ~ huraian nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg ber­lainan, membandingkan yg formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; ~ sarwajagat pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); ilmu ~ ilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat); nahuan bkn atau berkaitan dgn nahu: rangkai kata nahu yg hanya menerbitkan makna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.hu]/[na.hu] | نحو

Definisi : pengetahuan atau pelajaran ttg pembentukan kata dan penyusunan ayat; tatabahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nahu (kata nama)
Bersinonim dengan tatabahasa.


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
grammar checkerpenyemak nahuTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang ditambah kepada perisian pemprosesan kata untuk menyemak nahu dalam dokumen pemprosesan kata.
grammar checkerpenyemak nahuTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang direka bentuk untuk memastikan teks yang ditulis adalah bebas daripada ralat nahu. Contohnya, dalam aplikasi pemprosesan kata seperti MS Words dan e-mel seperti MS Outlook, ciri ini boleh diperoleh melalui paparan menu yang disediakan.
urbanisationpembandaranSosiolinguistikTiadaPerkataan, bentuk atau binaan nahu yang terhad penggunaannya di bandar, berbanding dengan nahu di kawasan luar bandar.
regular grammarnahu teraturMatematikTiadaTiada
phase structure grammarnahu struktur fasaMatematikTiadaTiada
fautes gramaticales Per.silap nahuKesusasteraanTiadaKesalahan dalam pemakaian tatabahasa.
categorykategoriSosiolinguistikTiadaPengkelasan nahu seperti nama, kata kerja, subjek, predikat, frasa nama, frasa kerja dan sebagainya.
panlectalpanlektalSosiolinguistikTiadaModel nahu umum yang dapat dihubungkan dengan kepelbagaian bahasa yang wujud pada tiap-tiap individu.
polylectal grammartatabahasa polilektalSosiolinguistikTiadaModel nahu cadangan yang mengambil kira kepelbagaian bahasa yang digunakan oleh individu khususnya dan seluruh masyarakat amnya.
123

Kembali ke atas