Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.kal] | ناکل

Definisi : 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~; menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal; menakali membuat nakal kpd, men­ce­ro­bohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang; kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.kal] | ناکل

Definisi : 1 suka membuat sesuatu yg di­larang spt mengganggu orang atau mencarik kertas (terutamanya kanak-kanak): Anaknya ~-~ belaka. 2 tidak baik kelakuannya (perangainya); jahat: suami yg ~. kenakalan keadaan atau sifat nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nakal
Kata Terbitan : menakali, kenakalan,
Rujuk :jahat;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Budak nakal itu memohon maaf kepada ayahnya atas kesalahan yang dilakukannya. ( atau ) Budak nakal itu memohon maaf daripada ayahnya atas kesalahan yang dilakukan. Sila tanya ayat yang mana lebih tepat. terima kasih
Ayat yang betul ialah “Budak nakal itu memohon maaf kepada ayahnya atas kesalahan yang dilakukannya.”


Tatabahasa27.11.2022
Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan.Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.Lain-lain25.03.2010
Hi, nak tanya adakah ayat di bawah membawa maksud yang sama? 1. Budak itu memang nakal. Nakalnya budak itu. 2. Masakan ini memang sedap. Sedapnya masakan ini. Mohon penjelasan tuan, terima kasih.1. Budak itu memang nakal. Nakalnya budak itu. :Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.
2. Masakan ini memang sedap. Sedapnya masakan ini. :Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.
Tatabahasa04.07.2019
Kenapa ayat di bawah salah: 1-Sejak dari kecil dia sering demam 2-Budak itu bukan nakal sangat 3- Bangunan lama itu masih kukuh hingga ke hari ini

Kedua-dua contoh ayat yang diberi mengandungi unsur lewah. Lewah bermaksud berlebihan atau tidak diperlukan kerana yang ada sudah melengkapkan ayat. Untuk tujuan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa27.05.2011
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013
Pertanyaan berkenaan kata sendi nama "di" dan "dalam". Perhatikan penggunaan 'di' dan 'dalam' pada ayat di bawah, mana satu yang betul? Dalam mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil. atau Di mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang nakal? Ali adalah berguna dalam tangan taukenya. atau Ali adalah berguna di tangan taukenya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Pada mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil.
Contoh ayat yang kedua kurang tepat.  Ayat yang lebih baik ialah: Ali berguna kepada taukenya.
Tatabahasa03.11.2016
Bolehkah tuan tolong terangkan perbezaan penggunaan perkataan"cikgu" dan "guru" dalam ayat. saya agak keliru tentang kedua-dua perkataan tersebut. 1. Cikgu/guru di sekolah saya baik-baik belaka. 2. Ali telah pengsan dan telah dihantar pulang oleh seorang cikgu/guru. 3. Cikgu/ guru memarahi murid -murid yang nakal. Walaupun saya tahu bahawa"ramai " digunakan dalam situasi yang riuh-rendah, meriah, tetapi saya masih keliru dengan penggunaannya dengan "banyak". 1. Banyak orang menghadiri majlis itu. Saya terbaca ayat contoh ini dari sebuah buku rujukan yang menerangkan penggunaan "ramai" dan "banyak". Saya hendak tanya mengapakah ayat tersebut gunakan "Banyak" dan bukan "ramai" bukankah "majlis" merupakan keadaan yang meriah dan riuh-rendah? Bolehkah tuan beri saya beberapa contoh untuk menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

 

Saudara,

Perkataan cikgu dan guru membawa maksud yang sama. Yang membezakan kedua-dua perkataan ini adalah dari segi penggunaannya. Perkataan guru lebih umum  penggunaannya, contohnya guru bahasa Melayu. Perkataan cikgu biasanya digunakan sebagai gelaran dan diikuti dengan nama, contohnya, Cikgu Aminah.  

Tatabahasa17.10.2009
Bagaimana menggunakan perkataan "menasihati" dan "menasihatkan" dalam binaan ayat? Sila jelaskan perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut.1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum.Tatabahasa27.08.2006
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasihPerbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Tatabahasa30.09.2009
Apakah jenis kata kerja bagi apitan meN-...-i dan meN-...-kan? sila pasifkan ayat di bawah ini. 1) Ahmad menghadiahi Hanafiah sebuah kereta. 2) Ahmad menghadiahkan sebuah kereta kepada Hanafiah. 3) Pelayan itu menghidangai kami sedulang makanan. 4) Pelayan itu menghidangkan sedulang makanan kepada kami.1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum. 1) Hanafiah dihadiahi sebuah kereta oleh Ahmad. 2) Sebuah kereta dihadiahkan oleh Ahmad kepada Hanafiah. 3) Kami dihidangi sedulang makanan oleh pelayan itu. 4) Sedulang makanan dihidangkan oleh pelayan itu kepada kami.Tatabahasa15.03.2013
12

Kembali ke atas