Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.kal] | ناکل

Definisi : 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; 2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~; menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal; menakali membuat nakal kpd, men­ce­ro­bohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang; kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.kal] | ناکل

Definisi : 1 suka membuat sesuatu yg di­larang spt mengganggu orang atau mencarik kertas (terutamanya kanak-kanak): Anaknya ~-~ belaka. 2 tidak baik kelakuannya (perangainya); jahat: suami yg ~. kenakalan keadaan atau sifat nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nakal
Kata Terbitan : menakali, kenakalan,
Rujuk :jahat;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annoyance callpanggilan nakalKejuruteraanTiadaTiada
limericklimerikKesusasteraanTiadaPuisi lucu dan nakal yang memerihalkan gelagat manusia dan keadaan tempat. Rangkap beritma puisi ini ialah lima baris, iaitu a,a,b,b, a dengan dua tekanan suku kata pada baris ketiga dan keempat, dan tiga tekanan di baris yang lain. Contoh limerik terdapat dalam buku Book of Nonsense oleh edward Lear. Antara penulis terkenal yang menulis puisi ini ialah Tennyson, Swinburne dan Kipling. Limerik mula diperkenalkan pada tahun 1820-an. Contoh sebuah limetrik adalah seperti yang berikut: The was an Old Man with a beard, Who said, �It is jus as I feared! Four Larks and a Wren, Tho Owls and a Hen, Have all built their nests in my beard!�
diversionalih haluanKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang dilakukan lazimnya oleh pihak penguatkuasa untuk mengelakkan pelaku salah dikenakan tindakan undang-undang dengan cara menggalakkan atau mendorong pelaku tersebut untuk mengikuti program pemulihan. Contohnya, pihak berkuasa mencadangkan agar remaja nakal mengikuti program pemulihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
punishmentdendaanPsikologiPsikologi UmumSebarang tindakan yang dikenakan terhadap individu dengan tujuan untuk mengurangi tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan boleh bersifat positif atau negatif bergantung pada kaedah yang diberikan dan tidak dikaitkan sama ada baik atau tidak baik. Kaedah dendaan dianggap positif jika aplikasi rangsangan yang tidak menyenangkan boleh mengurangi tingkah laku. Contohnya, anak yang nakal akan dirotan. Dendaan dianggap negatif jika penarikan rangsangan yang menyenangkan itu boleh mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya, anak yang ponteng sekolah tidak akan diberikan wang saku.
soubrettesoubretteMuzikTiada

1.     Watak wanita yang berperanan sebagai orang gaji dalam opera jenaka pada abad ke-18. Watak orang gaji ini biasanya seorang yang pintar dan nakal. Contohnya, watak Serpina dalam La serva padrona (1733) oleh Pergolesi dan Susanna dalam Le nozze di Figaro, K. 492 (1785-1786) oleh Mozart. 2. Watak soprano yang mempunyai teknik persembahan yang virtuoso dan lincah atau tangkas.


Kembali ke atas