Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ordreordreMuzikTiada

 Koleksi karya hapsikord seperti suite Barok. Istilah ini digunakan oleh Couperin dan komposer Perancis yang lain pada abad ke-18. Sebuah ordre mengandungi beberapa gerakan muzik yang bertajuk khas. Contohnya, Vingt-Cinquieme Ordre oleh Couperin (1668-1733).

huqinhuqinMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Huqin ialah alat tali yang digesek yang berasal dari China. Badannya berbentuk heksagon. Pada sebelah muka belakang alat muzik ini dibiarkan terbuka, sementara pada sebelah muka hadapan alat muzik ini pula ditutup dengan menggunakan kulit ular. Alat muzik ini mempunyai dua tali dan berleher panjang. Penggesek dipasang kekal antara dua tali. Alat muzik ini dimainkan dalam pelbagai ensembel muzik Cina. Terdapat beberapa jenis huqin seperti erhu, panhu, gaohu dan yehu.

twelve tone compositionkarya dua belas tonMuzikTiada

 Kaedah pengkaryaan dengan menggunakan 12 ton yang telah dicipta oleh Arnold Schoenberg (1874-1951) pada tahun 1921. Kaedah ini yang juga dikenali sebagai dodekafon mula diperkenalkan oleh beliau dalam karya yang berjudul Prelud. Justeru, Prelud dimantapkan dan diperkembang dalam Suite, Op. 25 yang dihasilkan pada tahun 1923. Kaedah yang di-ilhamkan oleh Schoenberg merupakan satu set himpunan yang terdiri daripada kesemua 12 klasifikasi pic. Set ini dikenali sebagai deret dua belas ton atau set dua belas ton. Pic dalam set atau deret ini wujud sekali sahaja dan disusun mengikut daya kreativiti komposer. Terdapat empat bentuk set klasifi­kasi pic, iaitu deret dasar, deret mundur, deret balikan dan deret mundur balikan. Kesemua empat bentuk set klasifikasi pic tersebut berserta dengan transposisinya pada setiap peringkat klasifikasi pic diatur dalam satu matriks yang dikenali sebagai matriks dua belas ton. Bahan yang diperoleh digunakan mengikut daya kreativiti serta kebijaksanaan seseorang komposer dalam pengkaryaan mereka. Josef Matthias Hauer (1883-1959) juga secara kebetulan telah mencipta kaedah pengkaryaan yang hampir sama pada waktu yang sama.


Kembali ke atas