Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
undermentionedadj (UK), (fml) tersebut di bawah: the ~ names, nama-nama yg tersebut di bawah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scratch~ out, mengeluarkan; (with st sharp) menggores: the names have been ~ed out of the list, nama-nama itu telah dikeluarkan dr senarai; he ~ed out his name on the wall with a penknife, dia menggores namanya di dinding itu dgn pisau lipat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
referencefor /ease of, easy/ ~, utk rujukan mudah: the names in the list have been arranged alphabetically for easy ~, nama-nama dlm senarai itu disusun mengikut abjad utk rujukan mudah; for future ~, utk /rujukan, peringatan/ masa hadapan: for future ~, please note that my new telephone number is 03-5591585, utk peringatan masa hadapan, sila ambil perhatian bahawa nombor telefon baru saya ialah 03-5591585; /in, with/ ~ to, merujuk kpd: he recommended some amendments with ~ to Article 9 of the constitution, dia mencadangkan beberapa pindaan dgn merujuk kpd perkara 9 dlm perlembagaan itu; terms of ~, bidang kuasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
underneath2. lower down on the page, di sebelah bawah muka surat: the names of the books are listed ~, nama-nama buku itu disenaraikan di sebelah bawah muka surat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
writec. write st in a public place, menulis sst terpampang di: the winners’ names were written up on the notice board, nama-nama pemenang ditulis terpampang di papan kenyataan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
name2. reputation, nama: he felt that his good ~ had been impaired, dia terasa nama baiknya telah terjejas; to get a bad ~, mendapat nama buruk; give /so., st/ a bad ~, memburukkan nama /sso, sst/; 3. usu /big, famous /~, so., st widely known, nama yg terkenal: a big ~ in the automobile industry, nama yg terkenal dlm industri kereta; some of the famous ~s in history, beberapa nama yg terkenal dlm sejarah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biblicaladj 1. of, concerning the Bible, kitab Bible: ~ scholar, sarjana kitab Bible; ~ studies, kajian-kajian ttg kitab Bible; 2. contained in the Bible, dlm kitab Bible: ~ names, nama-nama dlm kitab Bible; ~ teachings, ajaran-ajaran dlm kitab Bible; 3. resembling the language of the Bible, bahasa kitab Bible: ~ styles in writing, penulisan dgn gaya bahasa kitab Bible.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discreditbe a ~ to, mencemarkan nama baik: the eldest son is a ~ to the family, anak yg tua itu mencemarkan nama baik keluarga; bring ~ to, (by so.) mencemarkan nama baik; (by st) mencemari nama baik; to so’s ~, menyebabkan nama baik sso tercemar: the captain, to his ~, was the first to jump into the sea, kapten itu, krn dia yg mula-mula terjun ke laut, menyebabkan nama baiknya tercemar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nicknamevt give nickname to, a. (in abbreviated form) memberi nama ringkas: Rahmah was ~d Mah, Rahmah diberi nama ringkas Mah; b. (as an informal substitute) memanggil, memberi nama panggilan: James was ~d Jim, James diberi nama panggilan Jim; c. (as a sign of affection) memberi nama /timangan, timang-timangan, cembung/; d. (connected with person’s physical traits or character) menggelar, memberi [sso] nama julukan: they ~d him Shorty, mereka menggelarnya Si Pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nounn kata nama: countable ~, kata nama hitung; abstract ~, kata nama abstrak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas