Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
name plateplat nama; nama akhbarKejuruteraanTiadaTiada
name plateplat nama; nama akhbarSosiologiTiadaTiada
المتفق والمتفرقmuttafiq muftariqAgama IslamHadithPerawi-perawi yang didapati ada persamaan dari segi sebutan dan tulisan pada nama-nama mereka dan nama bapa mereka tetapi berlainan orangnya.
anatomical terminologyistilah anatomiPerubatanTiadaIstilah yang berkaitan dengan nama-nama struktur fizikal haiwan dan tumbuhan.
directorydirektori; buku panduanSejarahTiada2. Daftar atau senarai nama-nama, alamat, kawasan, pertubuhan dan data-data lain yang berkaitan yang disusun menurut urutan abjad dan klasifikasi tertentu.
credit titletajuk karyawanKomunikasiTiadaSenarai maklumat mengenai penerbitan berserta nama-nama karyawan yang terlibat secara kreatif dalam penerbitan filem atau televisyen yang disiarkan di bahagian awal atau di bahagian akhir sesuatu rancangan. senarai penghargaan, perakuan.
المأ المقيدair muqayyadAgama IslamFiqhAir yang dikaitkan dengan nama-nama tambahan.
directory of post officesenarai pejabat posPentadbiran PerniagaanTiadaCatatan bersusun nama-nama pejabat pos di bawah pentadbiran pos.
abbreviationsingkatanPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk ringkas yang digunakan bagi perkataan atau frasa, biasanya digunakan dalam penulisan nama-nama pertubuhan, kumpulan dan lain-lain peristiwa.
additional designation (catalogue)penandaan tambahan (katalog)PerpustakaanTiadaKeterangan seperti tarikh, tempat kelahiran atau tempat tinggal yang ditambah pada nama untuk tujuan membezakannya daripada nama-nama lain yang serupa.
12345678910...

Kembali ke atas