Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kehormatan, maruah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kehormatan; maruah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
goodwillnama baikPentadbiranTiadaAset tidak ketara yang biasanya merupakan lebihan nilai syarikat berbanding nilai aset ketara.
goodwill of businessnama baik perniagaanUndang-undangTiadaTiada
payment for honourbayaran kerana nama baikEkonomiTiadaTiada
acceptance for Honourpenerimaan kerana nama baikEkonomiPerdaganganInstitusi kewangan, seperti bank saudagar yang diwujudkan untuk menerima dan menjamin bil pertukaran, terutama untuk pembayaran perdagangan.
freedom of speechkebebasan suaraKomunikasiTiadaHak yang dimiliki oleh rakyat untuk bercakap secara terbuka dan bebas tetapi harus tertakluk kepada undang-undang dan etika yang melindungi martabat, kehormatan atau nama baik seseorang atau pihak lain.
alphabetical devicecara berabjadPerpustakaanTiadaPrinsip yang digunakan dalam Pengelasan Colon untuk menentukan urutan subjek yang digunakan apabila tidak ada urutan sistematik yang lebih baik seperti nama sebenar, nama perdagangan, dan sebagainya.
prestigeprestijSejarahTiadaPenghormatan yang diberikan kerana nama yang baik.
melunakmelunakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pentace spp. daripada famili Titiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk balung ayam, janda baik, kebal ayam, kepayang hantu dan pinag baik, di Sabah ialah takalis, dan di Sarawak ialah baru. Spesies utamanya termasuk Pentace adenophora, P. curtisii dan P. macrophylla. Gubal kayu melunak berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 775 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini agak sukar diawet, dan dikerjakan dan mengering dengan perlahan. Kayu melunak digunakan untuk hiasan dalaman, tanggam, papan panel dan perabot.
raminraminPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Gongstylus spp. daripada famili Gonystylaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah dara eluk, melawis, pinag baik, dan pinag muda. Spesies utamanya Gonystylus affinis dan G. bancanus.. Gubal kayu ramin biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning susu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, mengering dengan perlahan serta mengalami cacat retak. Ketahanan semula jadinya rendah tetapi mudah diawet. Kayu ramin terkenal sebagai kayu untuk kerja tanggaman untuk perabot, panel, papan lukisan, barang permainan, venir, dan papan lapis.
gerongganggeronggangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Cratoxylum spp. daripada famili Hypericaceae. Nama tempatannya di sabah ialah serungan, dan spesies utama kayu ini ialah Cratoxylum glaucum dan C. carborescens.gubal kayu geronggang berwarna kuning kemerahan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya berwarna merah tua. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 610 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu geronggang mempunyai sifat yang baik dan mudah dikeringkan dan di awet, tetapi tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan dalam kerja tanggaman, pembuatan perabot, papan panel, kayu kumai, venir, papan lapis, papan serpai, dan papan simen.
1234

Kembali ke atas