Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, 1. "di dalam keluarga" atau "dalam keluarga"? 2. Kata nama "keluarga" ialah objek abstrak atau objek konkrit? Tolong berikan jawapan berserta dengan penjelasan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "dalam keluarga", keluarga bukanlah objek konkrit yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti rumah atau kotak seperti frasa "di dalam rumah" dan "di dalam kotak".Tatabahasa11.05.2014
Tuan/Puan, Mohon pengesahan sama ada istilah di bawah yang digunakan di Malaysia sama di Singapura. What is your name = Siapakah nama anda? First name = Nama pertama What is your last name = Siapakah nama keluarga anda? Last name = Nama keluarga Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, R AzizPadanan teks bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tersebut adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan04.10.2022
nota ringkas kata sapaan kehormat dan ganti nama keluarga rakyat biasaUntuk makluman saudara tidak ada nota ringkas tentang penggunaan kata sapaan sama ada yang bergelar (daripada istana/kerajaan) atau tidak bergelar. Hal ini ditulis dengan jelas dalam buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Lain-lain05.07.2009
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah.Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Cikgu, jika perkataan "keluarga" ialah objek abstrak yang tidak mempunyai bentuk fizikal yang jelas, mengapakah kita menggunakan frasa "kasih sayang terhadap keluarga" dan bukan "kasih sayang tentang keluarga"?Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan sama ada manusia, haiwan atau benda, dan keluarga ialah manusia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 281.Tatabahasa13.05.2014
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain...Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain".Tatabahasa24.02.2009
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
Ayat manakah yang betul? A) Ali berasal dari keluarga yang kaya. B) Ali berasal daripada keluarga yang kaya.Ayat yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang kaya. Daripada ialah kata sendi nama yang menerangkan asal atau sumber sesuatu.Tatabahasa23.05.2011
salam sejahtera Saya hendak bertanya, kami sekuarga dan keluarga saya tergolong sebagai kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Bagaimana menjawab soalan penukaran ayat aktif kepada ayat pasif bagi soalan berikut: a. Kami sekeluarga memberikan sedekah kepada pengemis di kawasan itu. b. Keluarga saya telah memperoleh topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Kami sekeluarga dan keluarga saya ialah kata ganti diri pertama jamak.

Ayat pasif:

1. Pengemis di kawasan itu diberikan sedekah oleh kami sekeluarga. 

2. Topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan telah diperoleh keluarga saya.

Tatabahasa12.06.2020
12345678

Kembali ke atas