Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OWEN

Owen ialah nama keluarga dua orang ahli teori

sosial yang terdiri daripada bapa dan anak

lelakinya.

UMUM 
OPPENHEIMER

Oppenheimer ialah nama keluarga dua orang

pemimpin perniagaan yang memainkan peranan

penting dalam perkembangan perlombongan di

Afrika Selatan pada tahun 1900-an.

UMUM 
NEHRU

Nehru ialah nama keluarga empat generasi

pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan

tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal,

Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira

Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi,

Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal,

iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita

pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi.

UMUM 
SCOTT

Scott ialah nama keluarga dua orang arkitek

British, iaitu datuk dan cucu.

UMUM 
THEILER

Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli

sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik

sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan,

tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini

mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains

veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan

sebagai pengasasnya.

UMUM 
MENNINGER

Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang

pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa

mereka, Charles Frederick Menninger (1862–1953),

mereka menubuhkan Klinik Menninger dan

Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika

Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang

yang menghadapi masalah gangguan mental dan

fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan

komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit

mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai

kesihatan mental yang lain, serta menjalankan

kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan

kelakuan manusia.

UMUM 
MILL

Mill ialah nama keluarga bagi tiga orang penulis

Inggeris yang terkenal – bapa, anak lelakinya, dan

isteri kepada anaknya. Mereka mencapai

kecemerlangan dalam bidang falsafah, sejarah,

psikologi, dan ekonomi.

UMUM 
PLINY

Pliny ialah nama keluarga bagi seorang bapa

saudara dan anak saudara lelakinya yang menjadi

penulis terkenal di zaman Rom.

UMUM 
PLANTAGENET

Plantagenet ialah nama keluarga keturunan raja-

Raja yang memerintah England dari tahun 1154

hingga 1399. Raja-raja tersebut adalah keturunan

Matilda, puteri Raja Henry I yang berkahwin

dengan Geoffrey, bangsawan dari Anjou, Perancis.

Geoffrey dikenali sebagai Plantagenet kerana

baginda memakai setangkai broom, iaitu sejenis

tumbuhan dengan bunga berwarna kuning atau

putih pada topinya. Ramai ahli sejarah

menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevins yang

bermaksud dari Anjou .

UMUM 
PITT

Pitt ialah nama keluarga dua negarawan British.

Kedua-duanya membentuk hubungan ayah-anak

yang paling masyhur dalam sejarah politik British.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas