Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
alkonya(Portugis) nama keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
nama keluarganama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga;Kamus Dewan Edisi Keempat
pencemar1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkal namaId nama benar (bukan nama keluarga dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
larut II1. menjadi cair (bkn gula dlm air dll), hancur: sebahagian besar drpd makanan yg dimakannya itu tidak ~ dlm air; 2. ki luput: akan hilang namanya dan nama keluarga­nya, semuanya ~ dlm nama suaminya; berlarut; ~ hati (fikiran) ki bersedih dgn amat sangat (perasaan hati yg hancur luluh); melarut menjadi hancur atau cair dlm air dll: garam ~ dlm air; melarutkan menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; terlarut telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; keterlarutan perihal (keadaan atau sifat) boleh larut: ~ karbon monoksida di dlm air adalah sangat sedikit; larutan 1. benda yg sudah dicairkan, cairan; 2. (Kim) campuran sekata satu atau lebih bahan dlm pelarut: masukkan buli-buli jangka suhu itu ke dlm ~ garam yg sedang mendidih; ~ akueus larutan yg pelarutnya air; kelarutan perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; pelarutan proses melarutkan; pelarut benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
cemar I1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak mur­ni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercam­pur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (me­ngotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
aib1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkal1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata ber­hampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha se­belah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (pene­rima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di se­suatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal ter­bang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992.Kamus Dewan Edisi Keempat
nama1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll): ia men­catat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~ buku yg kaubaca itu?; ia men­­catat ~ barang-barang yg diterimanya; atas ~ dgn menggunakan nama, utk ke­pentingan, demi; 2. ark gelaran, sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, ma­ruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal); mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya); ~ am kata nama yg merujuk kpd konsep atau benda yg umum, mis rumah dan kecantikan; ~ baik kehormatan, maruah; ~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll); ~ benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg dianggap wujud, kata benda; ~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja; ~ julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran); ~ kecil a) nama ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat); ~ keluarga nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; ~ khas kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; ~ pena nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya); ~ samaran = ~ pedengan nama utk menyem­bunyikan nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja; bernama 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; menamai membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; menamakan 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan se­seorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya; ternama terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; penamaan perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; penama 1. orang yg memberi nama (men­calonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
membuang bakamerosakkan nama baik keluarga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas