Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERMOGRAFI

Termografi ialah teknik pengesanan yang

menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak

kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai

termograf digunakan untuk menghasilkan

termogram (gambar haba). Termografi digunakan

dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain.

Termograf kelihatan seperti kamera TV yang

disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu

dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan

inframerah.

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
REFORMASI

Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun

1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia

membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan

sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan

pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan

ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib

Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu

Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian,

Protestanisme lahir di Eropah.

UMUM 
KILAT

Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit.

Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di

antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku

di dalam awan, di antara awan dengan udara

dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di

atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara.

Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang

terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan

bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi

boleh membunuh manusia atau menyebabkan

kebakaran.

UMUM 
KURA-KURA

Kura-kura ialah reptilia bercangkerang yang

hidup di darat. Hanya kepala, ekor dan kaki

kura-kura yang nampak di luar cangkerangnya

dan ia boleh menarik kesemua ini ke dalam

cangkerangnya apabila ada bahaya. Kebanyakan

spesies kura-kura ialah makhluk yang berjalan

lambat yang bercangkerang seperti kubah.

Cangkerang kura-kura terdiri daripada plat yang

dikenali sebagai skute. Ini biasanya bertelau-telau

dengan warna perang, kuning atau hitam dan

mungkin bercorak garis-garis atau lingkaran yang

berpencaran. Spesies kura-kura yang berlainan

berbeza-beza panjangnya dari lebih kurang 10

hingga 140 sentimeter.

UMUM 
NIJINSKY, VASLAV

Nijinsky, Vaslav (1890–1950), penari lelaki yang

terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan

mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh.

Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya

dengan penuh kesungguhan sehingga

penampilannya nampak berubah daripada satu

peranan kepada peranan yang lain.

UMUM 
OPTIK

Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang

berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia

menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan,

bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana

cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan.

Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak

dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua-

duanya tidak boleh dilihat.

UMUM 
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
MIKROSKOP ELEKTRON

Mikroskop elektron ialah alat yang

menggunakan alur elektron untuk membesarkan

imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza

jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang

jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui

mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan

cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa

pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop

elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam

bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi.

Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah

membina mikroskop elektron yang pertama pada

tahun 1931.

UMUM 
FIORD

Fiord ialah lembah pinggir laut berbentuk-U yang dalam, bertebing sangat curam atau hampir-hampir tegak, yang telah ditenggelami air laut sehingga nampak seperti teluk yang sempit di kawasan latitud tinggi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
12

Kembali ke atas